12 Ahli Politik MALAYSIA Yang Berkelulusan Universiti Luar Negara. Yang LAST Tu Paling Cemerlang CGPA 3.85..!!

Pendidikan mampu menjadikan sesebuah negara maju. Tanpa pendidikan, sudah pasti Malaysia tidak mampu mencapai kejayaan dan kemajuan seperti hari ini. Negara yang dipimpin oleh mereka yang berpendidikan seharusnya berada pada landasan yang betul.

Tahukah anda ramai ahli politik dan pemimpin sama ada daripada parti pemerintah mahupun parti pembangkang di Malaysia ini tidak kurang hebatnya dari segi pendidikan mereka? Ada di antara mereka adalah pelajar terbaik di universiti yang dihadiri.

1. Khairy Jamaluddin (KJ)

KJ dilahirkan di Kuwait. Bapa beliau adalah Dato’ Jamaluddin Abu Bakar seorang pegawai kanan di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, dan bersara sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom. KJ mendapat pendidikan sekolah menengah di United World College of South East Asia di Singapura.

Institusi: University of Oxford & University College London (UCL) (United Kingdom)

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): Ke-6 (Oxford) & Ke-7 (UCL)

Jurusan: Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik & Ekonomi (PPE) & Sarjana Teori Undang-Undang & Politik (1998)

Kerjaya Sebelum Politik: Wartawan & Pegawai Khas Tun Abdullah Ahmad Badawi

Parti Politik: UMNO

2. Tony Pua

Tony Pua meninggalkan rumah bagi melanjutkan pelajaran sejak beliau berusia 13 tahun lagi. Pada ketika itu, beliau ditawarkan Biasiswa ASEAN daripada kerajaan Singapura bagi melanjutkan pengajian di Raffles Institution, dan kemudiannya Raffles Junior College. Beliau melanjutkan pengajian ke Oxford di bawah penajaan Biasiswa MTC.

Institusi: Keble College, University of Oxford (United Kingdom)

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): Ke-6

Jurusan: Falsafah, Politik dan Ekonomi (PPE)

Kerjaya Sebelum Politik: Perunding Kewangan di Andersen Consulting (kini Accenture) & pemilik Cyber Village (Syarikat perunding e-business)

Parti Politik: DAP

3. TS Annuar Musa

Annuar Musa mendapat pendidikan awal di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Ipoh. Sebelum melanjutkan pengajian ke UK, beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Institusi: University College London (UCL) (United Kingdom)

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): Ke-7

Jurusan: Sarjana Pengurusan Pembinaan

Kerjaya Sebelum Politik: Penolong Pengarah Perancang Bandar DBKL & Pengarah Bahagian Perancang Korporat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan.

Parti Politik: UMNO

4. Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M)

Tun M merupakan satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang berasal daripada keluarga bukan bangsawan berbanding Perdana Menteri – Perdana Menteri sebelum beliau. Bapa Tun M iaitu Mohamad Bin Iskandar adalah seorang guru besar di sebuah sekolah Inggeris di Alor Setar iaitu Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH).

Bapa Tun M adalah seorang yang tegas serta berdisiplin dan banyak menekankan kepentingan ilmu pengetahuan terhadap anak-anak, menyebabkan Tun M sendiri menjadi seorang pelajar yang bekerja keras.

Selepas menamatkan pendidikan sekolah menengah di KSAH, beliau ditawarkan biasiswa bagi melanjutkan pengajian di King Edward II. Di sinilah tempat pertemuan beliau dengan isteri iaitu Tun Siti Hasmah Mohamad Ali.

Institusi: King Edward VII College of Medicine Singapore (kini sebahagian daripada National University of Singapore)

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): Ke-15

Jurusan: Ijazah Kedoktoran (1953)

Kerjaya Sebelum Politik: Doktor Perubatan

Parti Politik: PPBM

5. Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah yang merupakan anak sulung DS Anwar Ibrahim adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai. Sebelum melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat, Izzah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik daripada Universiti Tenaga Nasional (UTN) pada tahun 2004.

Institusi: Johns Hopkins University (Amerika Syarikat)

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): Ke-17

Jurusan: Sarjana Perhubungan Antarabangsa (Pengkhususan dalam Pengajian Asia Tenggara) (2007)

Parti Politik: PKR

6. DS Azalina Othman Said

Anak kelahiran Johor Bahru ini mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah Katolik di Pulau Pinang iaitu di Convent Green Lane. Beliau memulakan pendidikan universiti di Institut Teknologi Mara (kini UiTM) dalam jurusan Diploma Pentadbiran Awam. Pada tahun 1988, beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya sebelum melanjutkan pengajian ke UK.

Institusi: London School of Economics & Political Science (LSE) (United Kingdom)

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): Ke-35

Jurusan: Sarjana Undang-Undang (LL.M) (1990)

Kerjaya Sebelum Politik: Pembantu Undang-Undang di syarikat guaman Raja Darryl & Loh, kemudiannya membuka syarikat guaman sendiri bersama rakan kongsi.

Parti Politik: UMNO

7. DS Hishammuddin Hussein

Cucu kepada DS Onn Jaafar ini mendapat pendidikan sekolah menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada ketika sebelum Tun Hussein Onn diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-3. Selepas perlantikan Tun Hussein ke jawatan tersebut, DS Hishammuddin kemudian berpindah sekolah ke St. John’s Institution, dan seterusnya ke Alice Smith School, sebelum melanjutkan pelajar ke Cheltenham College.

Pada tahun 1984, beliau berjaya menamatkan pengajian di University of Wales (Aberystwyth) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B), sebelum melanjutkan pelajaran ke LSE.

Institusi: London School of Economics (LSE) (United Kingdom)

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): Ke-35

Jurusan: Sarjana Undang-Undang (LL.M) (Undang-Undang Komersial & Korporat) (1988)

Kerjaya Sebelum Politik: Peguam di Skrine & Co. & kemudiannya di Lee Hishammuddin Allen & Gledhill)

Parti Politik: UMNO

8. DS Mustapa Mohamed

Dikenali sebagai Tok Pa dalam kalangan rakyat Kelantan, DS Mustapa merupakan seorang ahli politik yang disegani sama ada dalam kalangan Barisan Nasional mahupun pakatan pembangkang. Tok Pa mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Bachok pada tahun 1957 dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Bachok pada tahun 1963.

Tok Pa kemudiannya berpindah ke Kolej Sultan Ismail Kota Bharu (kini Maktab Sultan Ismail (SIC)) dan menamatkan pengajian sekolah menengah pada tahun 1969 sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia.

Institusi: University of Melbourne (Australia) & Boston University (Amerika Syarikat)

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): Ke-41 (UniMelb) & Ke-81 (Boston)

Jurusan: Ijazah Sarjana Muda Ekonomi & Sarjana Pembangunan Ekonomi

Kerjaya Sebelum Politik: Ahli Ekonomi

Parti Politik: UMNO

9. Lim Guan Eng

Anak kepada Lim Kit Siang ini mendapat pendidikan awal di La Salle Primary English School di Petaling Jaya, dan kemudiannya di Monfort Primary English School di Batu Pahat. Bagi pendidikan sekolah menengah, beliau bersekolah di Sekolah Menengah Batu Pahat dan kemudiannya berpindah ke sebuah sekolah menengah di Melaka.

Institusi: Monash University (Australia)

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): Ke-60

Jurusan: Ijazah Sarjana Muda Ekonomi

Kerjaya Sebelum Politik: Akauntan Profesional (1983)

Parti Politik: DAP

10. DS Najib Razak

Perdana Menteri kesayangan kita ini mendapat pendidikan sekolah rendah dan menengah di St. John’s Institution di Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Malvern College di Worcestershire (England) sebelum menghadiri University of Nottingham.

Selepas menamatkan pengajian di UK, beliau pulang ke Malaysia dan bekerja di Bank Negara dan Petronas untuk tempoh yang singkat, sebelum diangkat menjadi Menteri Besar Pahang pada usia 23 tahun sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-2.

Institusi: University of Nottingham (United Kingdom)

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): Ke-84

Jurusan: Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Industri (1974)

Kerjaya Sebelum Politik: Pegawai di Bank Negara & Pengurus Hal Ehwal Awam di Petronas.

Parti Politik: UMNO

11. Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Institusi: Universiti Al Azhar (Mesir)

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): 801-1000

Jurusan: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Arab & Sarjana Perundangan Islam

Kerjaya Sebelum Politik: Guru Agama sekolah-sekolah di Kelantan.

Parti Politik: PAS

12. DS Ahmad Maslan

Institusi: Victoria University of Wellington

Ranking Terkini Universiti (Di Dunia): Ke-219

Jurusan: Ijazah Sarjana Muda Ekonomi & Sains Politik (1986-1988)

Kerjaya Sebelum Politik: Pengarah SERANTA (FELDA) & Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Restu

Parti Politik: UMNO

Kesimpulan

Pendidikan formal sememangnya penting dalam kehidupan masa kini. Namun, pendidikan yang tinggi tidak menjanjikan apa-apa tanpa pegangan agama yang kuat serta keimanan yang teguh.

Perlu ditegaskan bahawa kepimpinan dengan ilmu serta pengetahuan agama dan keimanan serta keikhlasan untuk mengubah nasib rakyat adalah lebih penting berbanding pendidikan formal yang tinggi.

Sumber

Leave a Reply