3 Menteri Kabinet Ni Dah Isytihar Aset Mereka, Mat Sabu Paling Sempoi

Kalau dulu, seboleh-bolehnya semua menteri nak sorok dan tak mahu rakyat tahu tentang segala kemewahan yang mereka ada kepada umum. Namun inisiatif daripada Kabinet Malaysia baru ni dilihat sesuatu yang membanggakan apabila beberapa menteri iaitu Menteri Pertahanan, Menteri Kesihatan dan Menteri Pertanian berani ke depan untuk isytihar aset yang dimiliki mereka.

Menurut NST, setiap pengisytiharan harta yang dibuat telah disaksikan oleh seorang komisioner dengan akujanji dan ia melibatkan tahun aset ini dimiliki, nilai dan bagaimana ia didapati.

Berikut 3 menteri kabinet dan aset yang telah diisytiharkan mereka: 

1. Menteri Pertahanan: Mat Sabu 

Aset yang dimiliki Presiden Parti Amanah Negara ini bernilai RM688,000.

Mat Sabu yang telah isytiharkan asetnya pada 13 Mac lepas berkata, dia mempunyai RM105,000 dalam simpanan dan telah melabur sebanyak RM220,000 dalam unit trusts dan insurans.

Menurut dokumen pengisytiharannya di laman Invoke, Mat Sabu tidak mempunyai sebarang kenderaan yang didaftarkan atas namanya tetapi ada 5 pemilikan harta di atas nama isterinya. Fuh tak ada kereta langsung atas nama Abang Mat?
Sumber: Blog
2. Menteri Kesihatan: Dr Dzulkefly Ahmad 

Ahli Parlimen Kuala Selangor ini isytihar asetnya bernilai RM1.98 juta.

Beliau pada masa yang sama memaklumkan di dalam dokumen pengisytiharan bahawa memiliki seutas jam bernilai RM10,000 yang merupakan hadiah hari lahir daripada adiknya.

Dr Dzulkefly mempunyai sebuah rumah bernilai RM2 juta di Shah Alam yang mana tanah itu dibeli daripada bapa mertuanya dan membina rumah tersebut bersama isteri. Beliau jugak ada membeli dua kereta terpakai jenis Toyota Harrier dan Rover Freelander yang kedua-duanya berjumlah RM84,800.
Sumber: WOB
3. Menteri Pertanian dan Asas Tani: Salahuddin Ayub 

Salahuddin Ayub mempunyai aset bernilaiRM740,570.

Menurut deklarasinya, timbalan presiden Parti Amanah Negara ni masih membayarloan sebanyak RM70,000 untuk salah satu daripada 3 kereta yang dimilikinya. Selain itu, Salahuddin jugak memiliki dua buah rumah di Pontian dan Gombak yang kedua-duanya berjumlah RM750,000.

Sumber: Blog
Kesemua deklarasi aset bagi ahli politik Pakatan Harapan ini telah dimuat naik ke laman Invoke Malaysia dan anda boleh melihat aset individu lain seperti Khalid Samad, Fuziah Salleh dan Fahmi Fadzil disini.

Kita tunggu ahli politik lain pulak isytihar aset mereka ye. Teringin nak tengok bekas menteri BN isytihar aset masing-masing.

Mohamad Sabu menyerahkan dokumen senarai aset dan wang tunai dimiliki beliau kepada Rafizi Ramli. Antaranya, Mat Sabu dan isteri memiliki 5 hartanah termasuk di kawasan kampung dengan nilai pasaran RM700,000.

Mengikut laporan free malaysia today.

SUBANG JAYA: Mohamad Sabu semalam menjadi satu-satunya presiden di kalangan 4 parti Pakatan Harapan (PH) yang mengisytiharkan harta mereka di bawah program Invoke Malaysia.

Mohamad, presiden Amanah yang lebih terkenal dengan panggilan Mat Sabu, merupakan antara 40 bakal calon dan wakil rakyat dari Amanah dan PKR yang hadir di sesi pengisytharan harta malam tadi.

Dalam deklarasi beliau, Mat Sabu menyenaraikan RM105,000 sebagai simpanan wang tunai dimiliki beliau, termasuk dalam akaun deposit tetap.

Beliau juga memiliki 5 rumah dan bidang tanah, termasuk rumah yang didudukinya kini di bawah pemilikan isterinya, Normah Alwi, dan rumah di Sepang bernilai RM300,000 yang masih mempunyai baki hutang dengan bank sebanyak RM70,000.

Keseluruhannya, Mat Sabu dan isteri memiliki hartanah dengan nilai pasaran RM758,000 termasuk 2 di kawasan kampung di Pulau Pinang dan Perak.

Mat Sabu juga memiliki simpanan insurans dan unit Amanah dengan nilai pasaran RM220,000. Manakala beliau hanya menyimpan RM600 dalam akaun Lembaga Tabung Haji.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin Amanah, wakil rakyat Sepang Hanipa Maidin, memberitahu beliau hanya mempunyai tunai RM900 dalam akaun banknya kini.

Bekas peguam PAS itu memiliki 2 buah rumah dengan jumlah nilai RM1 juta.
mat-sabu1

Antara wakil rakyat dan bakal calon dari PKR dan Amanah yang hadir dengan dokumen deklarasi aset mereka di majlis Invoke Malaysia semalam.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil pula mempunyai aset bersih bernilai kira-kira RM641,000 dengan memiliki firma guaman bernilai RM115,000.

Semalam, pengasas Invoke, Rafizi Ramli berkata terdapat sesetengah calon tidak mahu mengisytiharkan harta kerana sama ada malu atau bimbang.

“Ada yang miskin, dia rasa malu kerana duit ada RM1,000 sahaja. Ada yang ada duit lebih takut apabila isytihar, orang akan minta duit,” katanya.

Antara yang hadir dalam sesi pengisytiharan harta kali ini ialah 30 calon berpotensi dari PKR dan Amanah termasuk wakil rakyat bebas, Datuk Mahfuz Omar, ahli Parlimen Pokok Sena yang keluar parti awal tahun ini.

Rafizi berkata, pihaknya sudah bertemu dengan wakil pimpinan 4 parti dalam Pakatan Harapan untuk menjelaskan mengenai kepentingan pengisytiharan harta ini.

Menurutnya, DAP memberitahu Invoke yang parti itu tidak berminat untuk mengisytiharkan harta melalui badan itu kerana ia tidak bertanding di kerusi campuran.

“Saya tidak ada hak di sisi undang-undang untuk memaksa. Ini adalah cara proaktif untuk budayakan pengisytiharan harta.

“Parti seperti DAP atau pimpinan PKR yang lain merasakan tidak perlukan khidmat Invoke kerana merasakan kerusi yang ditandingi tidak memberikan sebarang masalah,” katanya.

PPBM juga tidak mengisytiharkan harta melalui Invoke.

“Mereka memberitahu memang kena balik dahulu dan buat keputusan,” kata Rafizi.

Rafizi berkata sebagai balasan kepada calon yang mengisytiharkan harta, Invoke akan membantunya berkempen ketika pilihan raya umum kelak.

Beliau berkata adalah sukar meyakinkan calon untuk mengisytiharkan harta.

“Ambil masa untuk yakinkan, ia mengambil masa. Sebab itu kena bermula dahulu dengan seberapa banyak yang ada. Kita perlu wujudkan permintaan menjadikan pengisytiharan aset jadi sukarela,” katanya.

Sumber : https://lobakmerah.com/3-menteri-kabinet-ni-dah-isytihar-aset-mereka-mat-sabu-paling-sempoi/

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/03/14/mat-sabu-satu-satunya-presiden-parti-dari-ph-isytihar-harta/

Leave a Reply