Sebak dapat ziarah Dato Alif,Datin Syahida,Sajat..kasih sayang kerana Allah. 4jam kami berbual dari 9mlm sampai 1.30pagi. Siapa Sangka lepas jer live off, Disitu saya lihat Dato Alif menangis. Sajat dan juga Datin Syahida. Dato Alif berazam utk bersama Ust Ebit Liew berdakwah 3H di Jln Allah. Sama2 Doakan.

Sebak dapat ziarah Dato Alif,Datin Syahida,Sajat..kasih sayang kerana Allah. 4jam kami berbual dari 9mlm sampai 1.30pagi. Tahu tak lepas jer live off. Disitu saya lihat dato alif menangis. Sajat dan datin syahida. Tangisan yang buat saya sebak. Dato alif ada niat nak bersama 3hari dijalan Allah. InsyaAllah isteri dan sajat juga azam bersama untuk perbaiki diri. Saya ada ajak juga untuk belajar dan berdakwah ke ke kg asli dan keluar negara..Allahuakbar..

Mereka banyak minta nasihat saya tips untuk dekat pada Allah. Tapi semua tangisan itu lepas off kan live fb.. Allahuakbar..Siapa sangkakan. Walau semalam live sampai 21k dekat fb saya. Balik semalam sampai saya menangis kerana merasai semangat dan keazaman mereka untuk bersama dalam dakwah ini. Dakwah ini satu usaha berpanjangan. Keikhlasan dalam bersahabat kerana Allah. Setiap orang ada baik buruk. Setiap manusia itu suci yang kotor ialah dosa dan kezaliman. Usaha mengeluarkan manusia dari dosa dan membawa manusia dekat dengan Allah itulah usaha Nabi saw..

Bagaimana kita mencari yang baik dalam diri setiap orang. Keburukan mereka kita bantu untuk mereka tinggalkan. Doakan.. Tapi ramai ingat dakwah ini macam pil. Makan sebiji pil terus berubah. Disebalik setiap orang ada ibubapa yang tak berhenti mendoakannya..Nabi saw doa kan kita. Sebab itu kita dapat Islam. Iman itu lebih berharga dari segalanya..kita semua sama-sama mencari redha Allah..belum tahu nasib akhir kita.

Image may contain: 4 people, people sitting, people eating, table, food and indoor

Dulu saya lihat kesabaran cikgu saya dalam mendidik,berdoa menangis untuk saya akhirnya saya rasai nikmat kerja dakwah ini..yang haram dan halal itu jelas. Usaha untuk memimpin tangan manusia dengan rasa sayang itulah Islam.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Hari-hari saya jumpa anak bawah jambatan. Saya ziarah mat rempit. Ziarah orang kerja lorong. Ziarah kawan transgender..Ziarah artis yang menjadi idola masyarakat. Bila jumpa hati ke hati. Banyak perkara dapat diluahkan dan akhirnya bila nasihat diberikan ia lebih dekat dengan hati..Semuanya 1 tujuan. Kerana Allah dan sebarkan kasih sayang Islam. Mak saya pesan dulu ada orang sayang kita sekarang giliran kita sayang orang lain

Pohon doa semua keluargasunnah di matrade 29september 2018 semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah-ebitlew

Sumber: fb Ebit liew

Leave a Reply