Akhirnya Tun Mahathir Bersuara Mengenai Nasib Kakitangan Awam. Janji PM Kali Ni Memang Buat Semua Tersenyum.

Akhirnya Tun Mahathir Bersuara Mengenai Nasib Kakitangan Awam. Janji PM kali nie memang bakal buat korang tersenyum

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan membela kakitangan awam yang menjadi mangsa semasa berkhidmat di bawah pentadbiran terdahulu.

Menurut perdana menteri kerajaan Pakatan Harapan akan mengambil tindakan bersesuaian selepas laporan mengenainya dikemukakan.

Kata Dr Mahathir antara langkah yang boleh diambil ialah mengembalikan mereka ke jawatan lama, atau membayar pampasan yang bersesuaian.

Namun perdana menteri turut mengingatkan, pada waktu ini kerajaan berdepan dengan kekangan kewangan.

Berani kerana benar

Kata Dr Mahathir lagi jumlah yang menjadi mangsa pentadbiran sebelum ini terlalu banyak dan mungkin ada kes yang terlepas pandang.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan peserta pada sesi soal jawab.

Pegawai terbabit meminta kerajaan membantu kakitangan awam yang dikenakan tindakan disiplin hanya kerana mereka tidak sehaluan dengan pemimpin politik terdahulu.

Katanya, ada antara kakitangan yang menyokong BN dikecualikan daripada tindakan disiplin.

Menurut Dr Mahathir beliau sendiri sebenarnya turut menjadi mangsa kepada kerajaan terdahulu dan “didera”.

“Saya pun kena dera jugak… dipotong elaun… kawan-kawan tak boleh dekat sebab mereka takut,” katanya.

Namun kata perdana menteri disebabkan beliau dan orang lain meyakini apa yang dilakukan itu adalah demi kebaikan bersama dan negara, ia tetap dihadapi.

“Akhirnya, alhamdulillah, kita berjaya.

“Jadi, anda semua perlu terima (kenyataan) bahawa kita kena dera sebab enggan patuh kepada benda-benda yang salah,” katanya.

Video Penuh Di Sini:

sumber

Leave a Reply