Alhamdullilah dapat masuk paper yomiuri shinbun hari ni….

Alhamdullilah dapat masuk paper yomiuri shinbun hari ni.
sistem revitalization member diperkenalkan oleh kerajaan Jepun dalam langkah untuk membangunkan kawasan-kawasan diluar bandar.

Anak anak muda di seluruh Jepun diberi peluang untuk masuk ke kawasan bermasalah untuk mengembleng tenaga membangunkan kembali kawasan luar bandar.

Tidak ramai foreigner yang berkerja dalam bidang ini, saya merupakan warga Malaysia yang pertama yang menjadi revitalization member di Jepun dan foreigner pertama di Yamagata prefecture.

Kerja ini memberi peluang pada saya untuk menghapuskan 「invisible wall」 ataupun penghadang antara saya dan penduduk setempat Jepun bilamana mereka memberi kepercayaan penuh bagi revitalization member dan sudi bekerjasama untuk sama-sama meenbangunkan bandar mereka.Saya sendiri pernah ditawarkan rumah untuk diduduki dengan percuma atas alasan rumah sudah tidak berpenghuni dan sudah usang.

Kerja ini juga memberi peluang untuk mengenal lebih dekat hati anak-anak muda di luar bandar yang rata-rata mempunyai visi yang sama iaitu ingin menbangunkan tempat lahir mereka.Berbeza dengan anak muda yang saya ketemu di Tokyo(tak semua) yang mana hanya memikirkan hiburan dan kepentingan sendiri,anak-anak muda diluar bandar berusaha siang dan malam untuk memastikan bandar mereka kembali maju.

Rata-rata kawasan luar bandar Jepun dibelengui masalah yang kalau kita di Malaysia tidak dapat bayangkan akan terjadi.Contohnya seperti kekurangan kelahiran bayi,banyaknya sekolah di luar bandar yang ditutup,semakin banyak rumah terbengkalai,ketiadaan pekerja yang mencukupi untuk meneruskan sektor budaya setempat,dan yang paling ketara kadar anak muda diluar bandar yang sangat rendah.Dengan menamakannya luar bandar,saya maksudkan bandar-bandar atau negeri yang rata-rata kita pernah dengar namanya seperti hokkaido, okinawa dan lain-lain dan bukannya tempat terpencil dan jauh dari tempat ekonomi manusia.

Jadi apa faktor pada masalah yang melanda Jepun pada masa ini sehingga kerajaan Jepun sanggup berbelanja berbilion yen untuk menyelesaikannya?

Ada banyak faktor,tapi faktor utama adalah perpindahan warga muda ke bandar besar seperti tokyo, dan kos hidup tinggi yang menyukarkan pasangan berkahwin untuk mempunyai anak.

Kadar kelahiran di Jepun begitu sedikit sehingga tidak dapat menampung kadar kematian rakyat Jepun yang menyebabkan populasi Jepun semakin berkurang.Ini juga satu peluang bagi pekerja asing bilamana kerajaan Jepun akan membuka peluang pekerjaan pada 500,000 warga asing bagi menampung kekurangan pekerja.

Sumber:fb pokwa ナジュワ

Leave a Reply