Allah Hantar Guruh Skit Sebagai Suatu Peringatan, Semua Dah Seram. PU Amin Pun Dah Bg Nasihat Agar Semua Kembali Muhasabah Bahawa Ini Seolah2 Petanda Dunia Semakin Dipenghujungnya.

Jadi kecoh di media sosial hari ini tentang kejadian guruh yang menggegarkan sekitar kawasan Lembah Klang semalam. Bunyi guruh yang berlaku pada sekitar jam 7.51 malam dapat dialami oleh penduduk yang tinggal di kawasan Puchong dan Cyberjaya.

Dikatakan bunyi dentuman guruh itu begitu kuat dan panjang sehinggakan telah membuatkan sistem penggera kepada beberapa buah kenderaan berbunyi.

Selain Puchong dan Cyberjaya, penduduk di kawasan Banting, Putra Heights, Petaling Jaya, Senawang, Gelang Patah dan Johor Bahru turut melaporkan kejadian guruh yang serupa.

Fenomena alam ini telah berjaya dirakam oleh para pengguna media sosial yang kemudiannya telah dimuat naik ke dalam Facebook.

Seram bila KLCC disambar kilat!



Selain daripada video dan gambar panahan kilat yang disambar kilat, ada yang turut berkongsikan gambar awan hitam di Kelantan dan cahaya yang menerangi kegelapan di Putrajaya.

Fenomena langit gelap semalam



Perkara ini turut mendapat perhatian PU Amin yang kemudiannya berkongsikan pengalaman beliau di Facebook. Menurut beliau, bunyi guruh yang kuat ibarat seperti bunyi keretapi yang melintas itu adalah teguran Allah SWT kepada kita semua supaya tidak leka dan sentiasa melakukan perbuatan yang sia-sia.

Image result for Allah Hantar Guruh Sikit Sebagai Peringatan, Semua Dah Seram.

Pandangan PU Amin itu telah disambut baik oleh netizen yang lain. Rata-rata mereka bersetuju yang kejadian guruh semalam adalah peringatan dari Allah SWT sambil saling nasihat menasihati antara satu sama lain.

Kenyataan Jabatan Kaji Cuaca

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia yang dikeluarkan pada jam 8 malam tadi, kejadian ribut petir akan berlaku di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 5.20 pagi tadi, cuaca ribut dan petir akan terus berlaku di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak sehingga jam 8 pagi tadi.

Lain-lain gambar fenomena semalam






Leave a Reply