Allahu ..! Pemandu MyCar Berbangsa Cina Ingin Tahu Kenapa Saya Bertukar Agama dari Buddhist kepada Islam.!! Ini Jawapan Dari Firdaus Wong Yg Menyebabkan Pemuda Itu Tersedar…

Hebat perancangan Allah…

QadarAllah, pemandu MyCar yang menghantar saya pulang ke rumah adalah seorang pemuda Cina yang baru berusia awal 20an.

Beliau seorang yang sangat terbuka dan peramah. Apabila beliau tahu saya dahulunya adalah Buddhist dan sekarang adalah seorang Muslim, beliau ingin tahu kenapa saya memilih agama Islam.

Saya kongsikan sedikit perjalanan hidup saya dan Alhamdulilah, kebanyakan perkara yang dikongsi beliau amat bersetuju dengannya. Antaranya persoalan saya sebelum Muslim tentang ritual membakar rumah kertas dan duit neraka juga merupakan persoalan yang beliau ada serta beliau juga tidak boleh menerimanya.

Apabila saya berkongsi tentang bahawa kita sebagai manusia biasanya akan tertanya dari manakah kita datang, apa tujuan hidup kita di dunia dan ke manakah kita akan pergi selepas mati tetapi jarang sekali manusia akan berfikir lanjut dan cuba mencari jawapan akan ketiga-tiga persoalan ini, beliau lantas mengaku bahawa beliau juga sedang memikirkan ketiga-tiga soalan yang saya baru sebut tadi.

Merasakan tidak puas, kami singgah di kedai mamak sekejap untuk terus berkongsi dan bertukar-tukar pandangan dan idea sebelum meneruskan perjalanan menghantar saya pulang.

Beliau juga bertanya apakah mesej dalam Al-Quran dan Bible sama dan banyak lagi soalan lain yang menarik. Beliau hanya pernah membaca beberapa ayat Al-Quran melalui media sosial dan saya terus menawarkan terjemahan Al-Quran bahasa Cina kepada beliau dan beliau merasa amat teruja menerima tawaran saya.

Kami telah bertukar-tukar nombor telefon dan SubhanAllah, beliau juga berasal dari Jinjang dan tinggal berdekatan dengan rumah saya dan InshaAllah beliau mahu berjumpa lagi untuk minum sambil berborak-borak lagi tentang kehidupan dan agama.

Sahabat semua, dakwah itu mudah dan lakukanlah di mana jua kita berada. Doakanlah hidayah untuk beliau dan semua sahabat kita yang Belum Muslim.

Sumber:Firdaus Wong Wai Hung (Official)

Leave a Reply