AWAS: Penapis Air Meletup Sendiri Dan Rentung Ketika Rumah Tiada Penghuni!

BUKAN sahaja mesin penapis air jadi rentung, malah meja tempat di mana ia diletakkan turut hangus terbakar bersama, sekaligus memusnahkan alas meja dan benda-benda lain di sekitarnya.

Kejadian ini dikatakan berlaku ketika semua penghuni tiada di rumah.

Gambar yang dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter @enamalique (Ena) itu menjadi viral di media sosial, menurutnya penapis air yang terbakar di rumah makciknya itu adalah berjenama Coway.

Punca kebakaran pada penapis tersebut setakat ini belum diketahui, namun menurut Ena, suis mesin penapis tersebut memang sentiasa dihidupkan setiap masa kerana mematuhi arahan jurujual penapis tersebut yang meminta untuk berbuat demikian.

Beberapa pengguna lain turut mengaku pernah mengalami perkara yang sama terhadap penapis air jenama Coway yang mereka gunakan sebelum ini.

Ramai yang menasihatkan agar memastikan suis mesin penapis dimatikan jika tiada di rumah bagi mengelakkan kejadian sama berlaku, dan mungkin boleh menyebabkan kebakaran.

P/S: Nasib baik api tak merebak sampai ke seluruh rumah, kalau tidak hanya sebab kita yang pemalas nak masak dan sejukkan air, habis satu rumah hangus kena jilat api. Paklong dekat rumah masak ayaq pakai dapur kayu saja Alhamdulillah habis saja guna terus curah dengan air, risiko gas bocor meletup pun takda, jimat pun jimat memang berbaloi baloi. HAMPA SEMUA PATUT CUBA! 😀

Sumber: Milo Suam via tambahcheesy

KRONOLOGI KES PENAPIS AIR COWAY MELETUP

Saya selaku wakil pemilik sebenar (mak saya) mesin air coway yg meletup baru2 ni terpaksa buat kenyataan disebabkn terlalu byk salah phm berpunca dari pemilik akaun tweeter bernama enamalique yg meng’viralkn’ tanpa kebenaran serta maklumat sahih. 🕵🏻‍♀️

Kejadian berlaku dirumah mak saya di kg batu putih, batu pahat, johor..waktu kejadian pada 8/9/17 lebih kurang jam 2 ptg..semasa kejadian mak berada di rumah akak saya di belakang rumah. Jiran yg sedar api marak buat panggilan bomba. 🚒

siasatan awal bomba kejadian bukanla disebabkn litar pintas sbb barang elektrik lain dirumah masih ok..kami diarah buat laporan polis 👮🏿

perbincangan adik beradik kami sepakat xperlu viral selagi tiada bukti kukuh punca kejadian. Sbb viral ni lebih byk dtgkn keburukan dari kebaikan.👭👬

Pada awalnya kejadian serta gmbr hanya viral antara grup family sahaja tp tak sangka ada yg memuat naik di tweeter tnpa pengetahuan ahli keluarga..seperti yg dijangka byk komen kecaman yg diterima..

Berikut laporan coway yg dibuat semalam pada 11/9/17 team coway dtg ke lokasi kejadian di rumah mak..

Respond serta tanggungjawab yg ditunjukkan oleh pihak coway malaysia amatla baik dan professional.. pihak coway juga tidak melatah pasal hal viral sblm ni setelah kami terangkan secara detail. Set baru diganti dan dipasang di rumah kakak saya..

pihak bomba juga melakukan tugas dengan jayanya ..mesin coway diambil pihak bomba utk buat laporan detail dan tgu laporan siap utk tindakan selanjutnya.

kerjasama kami antara semua pihak berjalan lancar. Terima kasih pihak coway malaysia yang byk membantu. Dengan sokongan dan bantuan yg diberi hilang sedikit perasaan trauma kami untuk guna semula produk coway.

Berkaitan dengan pampasan/insuran. Tiada apa2 yg berlaku. Semuanya tidak semudah yg anda fikirkan. Byk prosedur sblm ke peringkat itu.

Kepada semua agent coway diluar sana jgn risau kami bukan nk menutup periuk nasi anda.. in fact anda harus berbangga dengan kerjasama dari majikan anda yg bagi sokongan penuh atas insiden ini.

Kepada keyboard warrior yg kecam sblm ini terima kasih sbb byk membuat andaian punca kejadian, sedikit sebanyak membantu kami jugak.. tapi yg pasti alas meja plastik bukanlah punca sbb dh 2 tahun alas tu kt situ.. Sambungan plug pun direct xde share n xguna extension.. in fact socket plug tu masih ok selepas detached dari plug coway..Penapis coway ini baru berusia 2 tahun servis tiptop 2 bulan sekali..kalo ada masalah arrangement technican coway pasti akan tegur.

Tak boleh bayangkn jika kejadian ni berlaku sewaktu mak saya ada ditempat kejadian 😓.. Apa2 pun syukur tiada kemalangan jiwa dan semua nya selamat..

Akhir kata trima kasih sekali lagi pada pihak #COWAYMALAYSIA dan #BOMBA yg bertungkus lumus membantu kami. Kerjasama anda amat kami hargai 🤝

Sumber: Puan Mimie FB via gedebakviral

 

Leave a Reply