Badan Rider Putus Dua Tapi Masih Hidup (5 Gambar)..Semua Jadi Tergamam..!!

SEORANG penunggang motosikal berkuasa tinggi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Wilayah Chonburi, Thailand.

Dalam kejadian itu, mangsa yang menaiki motosikal jenis Honda Repsol terbabas lalu merempuh penghadang jalan menyebabkan badannya putus dua.

Apa yang mengejutkan mangsa masih hidup dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Mangsa dari Kumpulan Mee Hay SBK Thailand dikatakan menyertai satu konvoi untuk ke Pattaya.

Sumber:mukabuku via manggahijau

Langgar lopak air, penunggang Superbike maut kemalangan di LPT2 (4 Gambar)

Image result for LANGGAR LOPAK AIR, PENUNGGANG MAUT KEMALANGAN DI LPT2 (4 GAMBAR)

KEMAMAN – Hasrat seorang pengurus projek di sebuah syarikat kontraktor petroleum untuk berjumpa geng kelab motosikalnya tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 317.4 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Kerteh, pagi tadi.

Dalam nahas kira-kira jam 8.15 pagi itu, Md Sendee @ Zalani Ngah @ Choh, 41, maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Honda CBR yang dinaiki mangsa melanggar lopak air menyebabkan motosikalnya hilang kawalan.

Katanya, ekoran itu mangsa terjatuh sebelum terseret sejauh 64 meter ke kiri lebuh raya.

“Pasukan paramedik ambulans dari Klinik Kesihatan Kerteh yang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu segera bergegas ke lokasi namun mendapati mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di laluan lurus dan tiada kenderaan lain namun permukaan jalan berkenaan agak licin ekoran cuaca hujan sejak awal pagi,” katanya.

Mayat bapa kepada dua anak itu kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Kata Mohd Said, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ketika kejadian, mangsa yang keluar dari rumahnya di Taman Desa Solehah, Mak Chili, di sini, dikatakan mahu bertemu rakan-rakan kelab motosikalnya di Gemuroh, Kuala Nerus.

Mangsa dikatakan terlebih dahulu mahu singgah di tempat kerjanya di Pejabat Mushtari Maintenance Sdn Bhd di Paka sebelum pergi berjumpa dengan rakan-rakannya itu yang akan berkonvoi beramai-ramai ke Pulau Pinang.

Sumber:terengganutimes

Leave a Reply