Bernikah dengan seorang lelaki yang bertatu dan nampak JAHAT pada pandangan masyarakat bukanlah satu kesilapan bagi saya. Demi Allah, lelaki yang kalian kutuk caci ini adalah lelaki yang sangat tegas menjaga solat, tegas dalam menjaga aurat isterinya

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nūr, ayat 26 yang bermaksud :

“Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”

Nama saya Sarah Adriana. Berkahwin dengan seorang lelaki yang bertatu, bekas kongsi gelap, keluar masuk ‘dalam’, vandalism, brutal, tak pandai agama, gengster, bekas tokan, tolak ‘barang’ dan segala jenis kegiatan jenayah.

Image may contain: 1 person, standing, sky and outdoor

Kenapa saya yang berjubah, bertudung labuh dan niqab boleh menerima lelaki seperti dia?

Normally, seorang perempuan seperti saya akan memilih seorang lelaki yang warak, kuat agama, baik dari segi penampilannya, bergelar ustaz atau pendakwah, pelajar agama, yang berjubah, berserban atau berkopiah, kan?

Jika kalian pernah berada dalam diri Sarah Adriana ini, kalian pun tak sanggup nak hadapi. Allah pernah uji saya dengan pelbagai ujian bila bersama lelaki yang nampak baik, nampak warak, dengan status ustaz, pelajar agama, yang berjubah, berserban, berkopiah. Jadi, cukuplah Allah dah bagi PERINGATAN pada saya bahawa IMAN SESEORANG BUKAN TERLETAK PADA PAKAIAN DAN PANDANGAN MANUSIA.

Walaupun saya pernah menjadi mangsa kerakusan, keganasan dan pencabulan dari ramai lelaki yang nampak baik, nampak warak, dengan status ustaz, pelajar agama, yang berjubah, berserban, berkopiah tapi sedikitpun saya tak berdendam dengan institusi keagamaan namun, saya minta hormatilah pilihan saya yang memilih lelaki yang bertatu ini sebagai seorang SUAMI.

Image may contain: 1 person, outdoor

Bernikah dengan seorang lelaki yang bertatu dan nampak JAHAT pada pandangan masyarakat bukanlah satu kesilapan bagi saya. Sesungguhnya PERTEMUAN, JODOH, REZEKI dan AJAL adalah RAHSIA ALLAH PALING AGUNG 

Bernikah dengan seorang lelaki yang bertatu, bekas kongsi gelap, keluar masuk ‘dalam’, vandalism, brutal, tak pandai agama, gengster, bekas tokan, tolak ‘barang’ dan segala jenis kegiatan jenayah adalah lebih baik yang Allah SWT aturkan untuk saya bilamana Allah beri saya rasa alhamdulillah yang teramat sangat sebab dapat menjadi asbab penghijrahan seorang lelaki yang kalian anggap AHLI NERAKA ini berhijrah ke jalan Allah walaupun perjalanan hijrahnya mengambil masa yang lama, bukan drastik.

Demi Allah, lelaki yang kalian kutuk caci ini adalah lelaki yang sangat tegas menjaga solat, tegas dalam menjaga aurat isterinya, sangat penyayang & sangat berlemah-lembut menjaga isterinya, sangat memahami, sentiasa melayan & berkhidmat untuk isterinya, tak pernah meninggikan suara, sangat bertanggungjawab dalam keluarga, tak pernah berkira, tidak kedekut, tak pernah berkasar walau sekali, sentiasa memuaskan isterinya, tak pernah lupa untuk berkhidmat untuk agama, keluar tabligh setiap bulan, menyayangi anak-anak yatim, warga emas dan banyak lagi. Tak perlu cerita banyak kebaikan. Cukup ianya menjadi rahsia kami berdua.

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

 

Sumber: fb Sha Ramson Abdullah

Leave a Reply