Buaya Ni Dibunuh Pasukan SWAT. Bila Belah Perut Je Apa Yang Mereka Temui Amat MENGEJUTKAN

Seekor buaya sepanjang 5 meter berjaya ditangkap dan dibunuh pasukan SWAT di Sarawak. Bila belah perut je mereka semua terkejut apabila meenemui “sesuatu” yang amat mengejutkan. Allahu.
DITANGKAP SELEPAS DIBERI UMPAN AYAM
SEEKOR buaya yang dipercayai membaham Bentayan Ilah, 31, dari Kampung Hulu Tambak, Pusa pada 24 September lalu, dibunuh Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT), Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), petang semalam.

Jurucakap SFC berkata, buaya itu ditangkap menggunakan sistem penakaian (pengasingan) dengan memasang umpan ayam di sepanjang lima kilometer Sungai Rimbas berdekatan lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Menurutnya, buaya berukuran 4.8 meter panjang itu akhirnya terperangkap selepas memakan satu daripada 13 cangkuk umpan yang dipasang di sepanjang sungai berkenaan.
DTEMUI ANGGOTA BADAN MANUSIA DALAM PERUT BUAYA
SWAT SFC berjaya bunuh buaya Sungai Rimbas

Serpihan tulang yang dipercayai tulang manusia dari perut buaya yang ditangkap Sungai Rimbas.-pix ihsan Sarawak Harian.

“Sebaik dinaikkan ke darat, perut buaya itu dibedah di depan pegawai polis, keluarga mangsa serta penduduk kampung sebelum menemui beberapa bahagian anggota badan manusia di dalamnya.

“Anggota badan manusia yang ditemui dalam perut buaya itu diserahkan kepada polis untuk analisis deoxyribonucleic acid (DNA),” katanya pada kenyataan, hari ini.

Pada kejadian 24 September lalu itu, Bentayan bersama sepupunya berusia 31 tahun menangkap ikan di sungai berkenaan sebelum dia disambar buaya, 3.30 petang.

Mangsa menjerit meminta tolong sebelum dia hilang daripada pandangan.

Keesokannya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui cebisan usus di kawasan pencarian dipercayai milik mangsa manakala cebisan kaki, tangan kanan dan kepala mangsa ditemui pada 27 September.

Buaya Bujang Senang

Selain Itu Di Sarawak Juga Terkenal Dengan Buaya Bujang Senang. Kebanyakkan Buaya Disana Memang Besar-Besar !!

10660157_10203820759354351_2946498744971008022_n

Bujang senang adalah merupakan seekor buaya hitam putih bersaiz gergasi yang hidup gagah di zamannya di sepanjang sungai batang lupar di sri aman serawak,sehingga ia mejadi satu legenda yang di geruni penduduk serawak hingga kini.

Bujang Senang Monster of Sarawak River.di tulis membaham manusia sejak tahun 1940-an lagi terakhir kali pada tahun 1992 yang menjadi liputan sejarah serawak.

Ketika bujang senang mengganas dahulu vesri cerita demi cerita dari mulut selalu di dengari dari berbagai lapisan masyarakat serawak sedikit banyak memang agak menggerunkan penulis sebenarnya apabila terbaca panjang bujang senang berukuran 20 kaki.

Direkord kan bahwa bujang senang telah memakan manusia lebih dari pada 100 orang,akan tetapi tepat pada 22 mei 1992 seorang wanita berbangsa iban bernama dayang anak bayang telah menjadi mangsa terakhir di sungai pelaban,anak sungai batang lupar, tentu nama buajang senang akan menjadi sebutan sebagai pelaku.

Sumber:abadkini

Leave a Reply