bukan itu saja malah dia sepak isteri saya sampai terjatuh bila saya tanya isteri saya kenapa lebam dia kata dia jatuh

Assalamualaikum admin ,semoga kisah ini akan menjadi iktibar kita semua , dulu saya mempunyai isteri yang sangat baik cantik dan berpelajaran , tapi itu semua hanya tinggal kenangan , sekarang dia tak ada didunia ini lagi , al- fatihah buat isteriku yang cantik .Saya mengenalinya ketika dizaman universiti lagi ,dia dari keluarga yang susah tpi itu bukan menjadi penghalang untuk dia menjadi orang yang sukses , ibu bapanya tinggal dikampung, dia mempunyai 2 orang adik yang masih bersekolah , seorang lelaki dan perempuan . Perwatakannya sangat menarik hati saya , wanita yang lemah lembut , menjaga aurat dan solatnya , menambat hatinya bukan mudah ,setelah 2 tahun saya memikatnya ,barulah dia menerima saya , setelah 3 tahun bercinta , saya buat keputusan untuk bertunang sekaligus melamarnya jadi isteri saya yg sah.

Ibu mulanya tidak setuju ,kerana ibu saya seorang yang sangat² moden , tapi ayah dan adik perempuan saya sangat menyenanginya,begitu juga dgn nenek sayai iaitu ibu kpd ibu saya , so ibu
terpaksa akur . Selama 8 bulan kami mendirikan rumah tangga ,kami tinggal bersama ayah dan ibu , ibu selalu marahkan isteri saya, dia hina isteri saya , katanya isteri saya tak layak jadi menantu dia , dia kata isteri saya kawin dgn saya kerna nak kikis harta saya , mcm² ibu hina isteri saya , tapi sumpah demi Allah ,saya benar² tidak tahu kerana isteri saya sangat menutupi aib ibu saya , malah bukan setakat menghina , ibu buat isteri saya mcm orang gaji ,patutlah selama ini ibu saya tak suruh isteri saya kerja , kononnya tak ada teman dirumah padahal dia seksa isteri saya ,

Tidak lama kemudian nenek saya jatuh sakit ,ibu saya sendiri tak nak jaga maknya , isteri saya lah ambil alih menjaga dia , dia lah yang cuci kencing berak nenek saya ,saya hanya akan dapat membantu dia setiap hari ahad ,kerna waktu itu lah saya cuti ,saya bekerja disyarikat ayah ,semenjak kehadiran isteri dlm hidup saya , banyak projek yang menguntungkan syarikat , bagi saya dia lah pembawa rezeki saya Tapi ibu sangat membencinya dan ibu bijak berlakon didepan saya dan ayah ,menyembunyikan segala perbuatannya , adik pula belajar kat luar negara . Nenek pula hilang keupayaan untuk berjalan , doktor kata tak boleh buat apa dah ,sebab nenek dah berusia 97 tahun,hanya bagi ubat penahan sakit ,tapi masih boleh bercakap..ibu pula sibuk dgn shopping ,spa , dan saloon. Saya dan ayah sibuk dgn urusan syarikat tanpa menyedari isteri saya terseksa.

Ibu saya pernah tolak isteri saya sampai terhantuk , kepala dia lebam ,sebab lambat buat makanan untuk tengah hari, bukan itu saja malah dia sepak isteri saya sampai terjatuh bila saya tanya isteri saya kenapa lebam dia kata dia jatuh saya hanya percayakan saja tanpa syak apa² ,kerana didepan saya ibu saya buat seperti dia sangat sayangkan isteri saya,, Nenek pula hanya terbaring dikatil ,isteri saya lah yang angkat dan mandikan dia , ibu hanya tau marah² bila nenek buang air besar , nasib baik lah setiap bilik ada bilik air , kata ibu busuklah ,dia akan suruh isteri saya cepat² bersihkan ,nenek saya menangis dgn kelakuan ibu .

Sebelum 2 hari nenek men!nggal ,nenek panggil² nama saya , saya pegang tangan nenek , masa tu isteri saya dah tidur , dengan wajah yang penat , tapi masih cantik ,bila dlm bilik nenek ,nenek ceritakan semua yang berlaku ,saya seperti terkena renjatan eletrik ,tak sangka ibu sekejam tu .Pertengkaran antara aku dan ibu terjadi , bila semua terbongkar, ayah benar² marah , dia menampar ibu ,kata ayah dia gagal mendidik ibu sebab menyebabkan anak orang terseksa ,sayang abang memohon seribu keampunan ,abang benar² tidak tahu

Setelah nenek meninggal ,saya bawa isteri saya keluar rumah , cari rumah baru , ibu meminta maaf ,merayu- rayu, tapi saya cuma salam tangan dia , bawa isteri saya pergi , isteri saya pula kesian dgn ibu dan pujuk saya ,tpi saya ttp bawa isteri saya keluar ,saya tak nak sejarah berulang . Setelah tinggal dirumah Baru ,saya nampak ada sedikit kebahagiaan diwajahnya ,tapi dia masih rindukan nenek , saya ambil keputusan ,untuk telefon ibu dan ayahnya dikampung ,untuk datang kerumah , kerana mereka dah lama tak bersua , rupanya mereka pernah datang kat rumah , tapi ibu saya halau ,tak sangka ibu buat mcm tu ,saya meminta keampunan dari mertua saya ,tpi mereka kata tak apa , sebab saya tidak tau apa yang terjadi . Kehadiran ibu bapanya membuatkan dia ceria , senyuman yang cantik kembali terukir .senyuman yang saya sangat rindui .

2 tahun perkawinan masih belum dikurniakan anak , saya anggap blm rezeki tapi saya tau isteri saya sgt inginkan kerana dia sangat menyayangi kanak² .dia sering berkunjung kerumah anak yatim , buat kerja amal ,dia dah pandai pandu kereta sendiri ,lesen pun ada ,saya gembira ,akhirnya dia dapat gembirakan diri dia Tapi tidak beberapa lama, dia asyik pengsan², saya risau dgn dia , doktor suruh tunggu result ,saya cuma berharap dia tak ada apa² , dia admit wad seminggu , ada jangkitan dalam darah. Saya bergilir dgn ibu dan ayahnya selama seminggu menjaganya sebab kerja masih banyak dioffice ,setelah dianalisis ,doktor suruh banyak² bersabar ,hati saya dah rasa tak sedap , ayah mertua memegang bahu saya , doktor kata isteri saya ada kanser rahim dan jangkitan kuman yang teruk dalam darah , saya menangis semahu- mahunya, mertua suruh saya banyak² bersabar

Isteri saya minta maaf sebab tak dapat bagi zuriat , saya kata tak apa , bukan rezeki untuk kita ,ayah sering datang rumah melawat , berikan sokongan ,ibu tak pernah datang ,tak apalah , masih ada ayah dan mertua yang memberikan sokongan, Semakin hari, isteri saya semakin lemah ,badannya juga susut ,bila makan asyik muntah je , dia tak nak menjalani apa² rawatan , saya pujuk tapi dia tak nak , saya ikutkan saja permintaannya , dia kata ingin mat! disisi saya , hati saya rasa sangat sakit , saya mengambil cuti yang agak lama untuk menjaga dia , biarlah staff lain yang mengambil alih kerja saya , ayah juga sdh bersetuju ,mertua lah yang banyak membantu saya ,adik ipar tinggal bersama makcik kepada isteri saya dikampung kerana bersekolah .

Setelah 2 bulan bertarung nyawa ,isteri saya pergi menemui pencipta , sebelum dia pergi , dia meminta maaf sebab tak dapat menjaga saya lagi , saya kata tak apa , tiada apa² untuk dimaafkan , kerana dia tiada dosa selama ini ,dia sdh menjalankan tanggungjawabnya dgn baik , dia pergi dgn tenang disisi saya dan mertua . Setelah pemergian isteri saya ,ibu saya terkena strok ,mungkin itu atas balasan dosa- dosanya ,tapi saya telah memaafkan ibu ,sebab dia tetap ibu saya, saya dan ayah lah juga yang menjaga dia , adik dah balik ,dia lah yang mandikan ibu ,ibu terkena strok dan lumpuh sebelah badan ,dia juga tidak mampu bertutur dgn baik . Betullah setiap perbuatan kita ada balasannya , semoga sayang tenang disana , abang selalu doakan sayang , tempatkan disisi orang² yang beriman , al- fatihah buat sayang . Terima kasih admin ,assalamualaikum

Krt

Leave a Reply