Comelnya Anak Angkat Abby Abadi Pakai Baju Sama Atas Perut.

Bagi peminat Abby Abadi, korang mesti tahu bahawa dia dan suaminya, Muhammad Faizal mengambil dua anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia yang dikatakan sebagai ‘kembar tak seiras’.

“Alhamdullillah syukur Allah permudahkan segalanya. Mana-mana adik, kakak, ibu yang sedang mengandung dan akan melahirkan tapi tak berkemampuan untuk menjaga baby tu, cari saya.

“Untuk anak-anak yang dicarikan ibu bapa penjaga ni, tak perlulah ditanya status mereka kerana 1001 macam masalah dalam dunia ni. Tak tertulis kat sini.

Terbaru, pelakon berusia 40 tahun itu ada berkongsi luahan hati dan pandangan di laman Instagram sekiranya ada pasangan ibu bapa yang berhasrat untuk mengambil anak angkat.

“Dimana saja, saya sedia membantu. Jangan dibuang, jangan dibunuh atau sebagainya ye adik dan kakak ye. Ada jalan penyelesaiannya. Janganlah kesilapan kita hingga menidakkan hak mereka. Mereka juga berhak untuk hidup diatas muka bumi Allah ini.

“Yang pasti, sah ke tak sah, mereka tak berdosa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yang bertanggungjawab menjaga mereka untuk menjadikan mereka ni beragama/kenal Allah atau sebaliknya,” tulisnya.

Abby juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Abby Abadi via Newscoviral

Leave a Reply