Daripada Pensyarah Di Australian National University Rangking ke -24 Dunia Hingga ke Dunia Politik..ikuti kisah beliau

Perjalanan Ini: Coretan 1: Perjuangan Ikhlas Tidak Akan Ada Penyesalan

Oleh: Dr Radzi Jidin

1. Semasa saya menghantar surat perletakan jawatan saya di University of Tasmania hampir 3 bulan yang lalu, saya tidak mengetahui bila parlimen akan dibubarkan dan bila PRU 14 akan diadakan.

2. Saya juga ketika itu belum pasti akan menjadi calon mewakili Pakatan Harapan bagi Parlimen Ketereh.

3. Saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan atas dasar amanah yang saya pikul selaku Ketua Bahagian PPBM Ketereh.

4. Sahabat-sahabat pensyarah di University of Tasmania bertanya, “Di Malaysia ada 30 juta penduduk, mengapakah saya yang perlu meletakkan jawatan dan apakah tiada orang lain boleh lakukannya?”.

5. Saya beritahu sahabat-sahabat saya, “Seseorang perlu ambil tanggungjawab melakukannya dan saya adalah seorang darinya”.

6. Sahabat-sahabat saya di IPTA-IPTA di Malaysia bertanya kepada saya, “Apakah saya tidak sayangkan jawatan dan kerjaya saya dalam bidang akademik?”

7. Saya beritahu mereka, “Ya, saya sayangkan kerjaya saya. Apatah lagi saya mempunyai penyelidikan-penyelidikan berpotensi yang akan diterbitkan”.

8. “Tetapi saya sayangkan negara saya melebihi saya sayangkan kerjaya saya”.

9. Akhirnya, malam awal pagi 10 Mei 2018 adalah menjadi saksi kecintaan saya kepada tanah air ini.

10. Bergenang air mata saya apabila mengetahui Pakatan Harapan berjaya ke Putrajaya. Alhamdulillah, saya memanjatkan syukur kehadrat Allah SWT.

11. Saya tinggalkan ketenangan hidup di Hobart, saya tinggalkan jawatan dan kerjaya, saya habiskan harta dan masa, saya terpaksa berjauhan dari keluarga. Semuanya demi sebuah perjuangan untuk tanah air tercinta.

12. Ayuh, anak Malaysia. Ini peluang terbaik untuk kita julangkan Malaysia di persada dunia. Sesungguhnya Malaysia berhak mendapat yang jauh lebih baik dari apa yang ada sebelum ini.

13. Ingatlah, perjuangan yang ikhlas adalah perjuangan yang penuh kenikmatan dan perjuangan yang tiada penyesalan!

Perjalanan Ini: Coretan 2: Aku Tinggalkan Kedamaian Demi Perjuangan

1. QS World University Ranking bagi tahun 2019 disiarkan hari ini. Ianya mengembalikan nostalgia saya kepada kerjaya sebagai pensyarah di Australia dan kehidupan di sana. Tempat jatuh lagikan dikenang, apatah lagi tempat yang banyak menjagar saya tentang kehidupan.

2. Dalam QS Ranking, universiti yang berada pada kedudukan pertama di Australia ialah The Australian National University. Ianya berada pada kedudukan ke 24 di dunia.

No automatic alt text available.

3. Saya berpeluang belajar di peringkat PhD disini. Saya juga pernah mengajar di universiti ini.

4. Selepas beberapa tahun mengajar disitu, saya berpindah mengajar di The University of New South Wales (UNSW Sydney).

5. Saya mengambil keputusan ke UNSW Sydney kerana fakulti perakaunannya merupakan diantara yang terbaik di dunia. Tahun lepas ianya merupakan fakulti perkaunan terbaik di dunia.

6. Selain dari kesibukan, salah satu cabaran utama tinggal di Sydney ialah harga rumahnya diantara yang tertinggi di dunia.

7. Oleh itu, saya ambil keputusan untuk mencari universiti yang terletak di bandar yang lebih kecil dan harga rumahnya lebih rendah.

8. Saya juga mencari lokasi yang tenang, damai dan jauh dari kesibukan. Hobart dan Adelaide adalah dalam senarai teratas.

Image may contain: sky, mountain, outdoor, nature and water

Image may contain: sky and outdoor

9. Akhirnya saya mengambil keputusan ke University of Tasmania, Hobart, Australia. Saya sampai di Hobart pada akhir Jun 2016.

10. Memandangkan kami berhasrat untuk tinggal bagi tempoh yang agak lama di Hobart, kami membeli sebuah teratak kecil.

11. Pemandangan dari teratak ini cukup indah dan mendamaikan dengan berlatarbelakangkan Derwent River, Mount Wellington, Tasman Bridge dan Hobart City.

Image may contain: sky, outdoor and nature

Image may contain: ocean, sky, mountain, outdoor, water and nature

12. Di musim sejuk puncak Mount Wellington akan diliputi salji. Di musim bunga pula, sekitar kawasan kejiranan bewarna-warni dengan pelbagai flora.

13. Tiba musim panas, kapal layar, bot dan jet ski akan memenuhi Sungai Derwent dengan pelbagai aktiviti. Masuk musim luruh, pokok-pokok di seberang Derwent River akan bertukar warna daunnya.

Image may contain: cloud, sky, ocean, outdoor, water and nature

14. Itulah ketenangan dan kedamaian kehidupan di Hobart yang didambakan.

Image may contain: sky, cloud, outdoor, nature and water

15. Ketika berpindah kesini tidak pernah terlintas saya akan menceburi politik. Apatah lagi menjadi calon dalam pilihanraya.

16. Sepanjang 20 tahun di Australia terdapat pelbagai peluang untuk kembali ke Malaysia bagi menceburi bidang akademik atau korporat. Tetapi tidak tergerak hati ini untuk berbuat demikian.

17. Namun, isu 1MDB mengubah segalanya. Ku tinggalkan kedamaian Hobart untuk kembali ke tanah air menyelusuri kancah politik yang penuh liku dan duri.

18. 10 Mei 2018 menjadi saksi natijah perjuangan ini. Sesungguhnya tiada siapa antara kita yang mengetahui aturan hidup ini. Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan.

 

Leave a Reply