Datin Marina Tersentuh Dan Sebak Dengar Perkongsian Dari Ustaz Ebit Liew Mengenai Kehidupan Golongan Mak Nyah dan LG8T. Allahuakbar, Semoga Datin Marina Terbuka Hati Utk Ikut Usaha ke Atas Wanita.

Sebak rasa jumpa Datin Marina Mahathir. Saya bercerita dan berkongsi tentang kasih sayang iman dan usaha dakwah yang sedang di jalankan betapa Allah sayang kita semua. Beliau sangat baik mendengar dan sangat merendah diri..seronok dapat saling berkongsi.

Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting

Katanya, beliau memang kagum dengan usaha ustaz walau cina tapi bimbing ramai orang ditepi jalan dan juga bantu maknyah untuk dibimbing dan keluar dari tekanan hidup. Beliau kata ramai maknyah nak solat dan mereka perlu dipimpin. Walau suasana agak bising kami dapat berbual dekat 2jam. Jarang orang besar nak dengar saya cakap agama sampai 2jam. Kata saya halal itu jelas. Haram itu jelas. Dan usaha memujuk rayu manusia dengan kasih sayang dekat dengan Allah itulah kerja Nabi saw..itulah usaha kita sebagai insan..

Image may contain: 3 people, people sitting, people eating and food

Sempat cerita saya akan bawa maknyah 3hari 2malam oktober ini untuk motivasi, solat berjemaah,qiamulail. Peranan solat dan usaha dakwah Nabi saw. Islam itu indah.

Katanya betul usaha ustaz beri makan dan mereka tertawan dengan Islam. Bila saya tengok Wah..sebak tengok..Tahniah ustaz. Ustaz menyelamatkan ramai orang tepi jalan dan beri mereka tempat tinggal. Doakan perjalanan dakwah ini dalam menuju Redha Allah..Allah maha baik. Teringat arwah mak saya cakap. Dulu ada orang sayang kita. Sekarang giliran kita untuk sayang orang lain

Kini Ustaz Ebit Liew banyak menyantuni golongan Maknyah dibantu oleh kekanda Harry Zulkifli yang dulunya bekas Maknyah. Allah S.W.T telah memberikan hidayah kepada beliau sehingga kini masih terus istiqamah  untuk usaha atas golongan Maknyah.

Baru-baru ini Ustaz Ebit Lew telah mendekati komuniti Mak Nyah dan memberi nasihat kepada golongan berkenaan secara baik.

MAKNYAH…. SYUKUR DAPAT JUMPA 2 ORANG MAKNYAH YANG BAIK DAN SUKA DENGAR NASIHAT. SEBAK RASA.. SEMOGA ALLAH TERIMA. JADI ASBAB HIDAYAH.

BERI HIDAYAH KEPADA KAMI SEMUA DAN MASALAH LGBT..YANG DAH BERHIJRAH HARRY.HARRY BANYAK BANTU KAWAN-KAWAN LAIN…DOAKAN BUAT LISA DAN NANA. SEMOGA ALLAH SELAMATKAN DAN TERIMA SEMUANYA

Ramai netizen yang memuji cara Ustaz Ebit Lew memberi ceramah dan nasihat kerana kata-kata yang baik dan lembut serta jelas. Selain itu, ramai netizen memuji usaha Ustaz Ebit Lew kerana menjentik hati-hati golongan Mak Nyah untuk bertaubat.

Maknyah

Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupakan Dia, Dia tetap ingat pada kita.

Posted by Ebit Lew on Friday, 10 August 2018

Rata-rata pengikut di laman sosial memuji usaha yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew. Semoga usaha Ustaz Ebit Lew mendapat kerahmatan dari Allah.

Terbaik ustad Ebit…

Nasihat dulu. Usaha atas iman…

Sumber: ustaz ebit liew

Leave a Reply