DOA AGAR WANITA KEKAL DARA DAN BERGETAH.. ISTERI MESTI BACA DAN AMALKAN AGAR SENTIASA DIRINDUI SUAMI…

Doa dan Amalan Agar Wanita Kekal Dara

Salam Pembaca Khasnya Kaum Wanita, apabila sudah lama berkahwin, faraj anda semakin kendur, longgar dan ngilu. Nafsu seks semakin menurun dan suami menjauhkan diri untuk melakukan seks dengan anda. Suami sudah merasa bosan untuk melakukan seks.

Mulalah suami buat hal dan cari “Pucuk Muda” yang ranggup dan lebih ketat farajnya. Jadi rapatkan kembali faraj anda seperti anda dara dengan mengamalkan doa ini. Disamping itu juga, makan jamu, kacip fatimah ataupun buat jamu buatan sendiri.

Petua dan Amalan Supaya Isteri-Isteri Sentiasa DARA.

Ustazah Dr. Fatimah Zahra yang menurunkan petua ini untuk kaum ibu supaya menjaga diri agar sentiasa jadi macam‘abqaro’menurut ayat di dalam Surah Al-Waqiah.

(‘Abqaro‘ ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan diri luar dan dalam.

Cara-caranya:

Lepas solat Isyak, ambil air segelas, baca Al-Fatihah satu kali (1x), Ayatul Qursi satu kali (1x) dan Surah Al-Waqiah, ayat 35-38 sebanyak tujuh kali (7x). Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Doa dan Amalan Agar Wanita Kekal Dara

Inna ansha/nahunna inshaa(35) FajaAAalnahunna abkara (36) AAuruban atraba (37)

Li-as-habi alyameen (38)

Maksudnya:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa.

(35)Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh) (36)Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya (37)Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan(38)”.

Doa & Tips kecantikan (awet muda)


Kebanyakan wanita memang mementingkan kecantikan, dan kalau boleh even usia dah mencecah 40tahun ke atas wajah masih nampak muda dan bertenaga. Tambahan pula sebagai seorang isteri, wanita di dianjurkan agar berhias didepan suaminya.

Memang tak dinafikan ada sesetengah wanita yang tak mengambil berat bab kecantikan, kerana baginya asal wajah bersih dari jerawat tiada jeragat yang teruk, itu sudah mencukupi. Sampaikan wajah nampak kusam dan tidak bermaya sekalipun tidak diendahkan. Selagi belum ada teguran dari suami atau teman terdekat, bagi mereka penampilam mereka sudah mencukupi.

Tanya pada diri korang, sejauh mana korang tekankan bab menjaga kecantikan dan mahu kelihatan awet muda ?

Adakah kita sudah cukup berhias dihadapan suami kita?

Doa agar wajah nampak berseri dan cantik

Jika jawapan korang bagi persoalan diatas adalah tidak, apa kata bermula dari sekarang kita cuba menjaga penampilan diri kita. Mungkin doa dibawah boleh dipractik kan sebagai permulaan  :

Petua Kecantikan dan Awet Muda
Bagi yang tiada peruntukan untuk membeli produk kecantikan yang dibuat khusus untuk kulit kelihatan muda remaja dan kurang kedutan mungkin petua dibawah boleh diamalkan.

Tidak semestinya nak cantik perlu menggunakan produk yang mahal. Kekadang apa yang berada disekeliling kita dan dari sumber semulajadi adalah lebih baik dan lebih berkesan jika diamalkan secara teratur dan consisten.

Banyak faktor lain yang menjadikan kulit seseorang itu nampak cantik berseri. Jika hanya mengharapkan “keajaiban” dari produk mahal tapi kita sendiri tidak menjaga pemakan dan tidak mengambil air yang mencukupi malah bersenam pun tidak, rasanya semahal mana pun produk yang kita guna susah untuk kita mendapatkan hasil yang sepatutnya.

Berbalik kepada petua kecantikan dan awet muda tadi, kepada yang belum amalkan boleh amalkan petua dibawah. Petua ini paling mudah untuk dipraktikkan , Insyaallah jika tidak sekarang, kesannya akan kelihatan apabila usia kita menginjak ke usia emas nanti.

Petua Mudah Untuk Kelihatan Cantik Dan awet Muda

Minum air suam sebaik bangun dari tidur. 
Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu.  Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.

Note : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yg boleh menjadi ubat. Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.

Kemudian, urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali.   Amalkan setiap hari.

Note: Tapi ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari atas kebawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut pulak.
Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi. Dianjurkan baca pada curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya mandi menggunakan shower, bacalah masa mula-mula nak mandi.
Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk sahaja. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.

2. Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. Doanya begini:

 

“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”

3. Paling penting jangan tinggal solat. Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yg terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan utk menyerikan wajah kita…dan juga hati kita.

Sumber: http://biella-cantik.blogspot.my/2013/04/petua-tips-doa-cantik-berseri-cara-islam.html

Sumber artikel:wwww.blogmazeer.com via kifarahmedia

Leave a Reply