eGUMIS: Panduan Semakan Wang Tak Dituntut Online (Kemaskini 2018)

Nak semak wang tak dituntut online? Layari portal rasmi eGUMIS di http://egumis.anm.gov.my/

eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System akan dilancarkan bagi mempercepatkan proses semakan wang tak dituntut online. Berikut adalah garis panduan permohonan tuntutan WTD 2018.

Sistem tersebut boleh diakses terus di portal rasmi Jabatan Akauantan Negara Malaysia (JANM) bermula suku kedua tahun 2018.

Dalam satu sidang media, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata terdapat 52,015 permohonan tuntutan bayaran balik wang tidak dituntut telah dibuat pada tahun ini dengan 34,353 permohonan dari sekitar Kuala Lumpur sahaja.

SEMAKAN WTD ONLINE

Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan turut menyertai Pusat Transformasi Komuniti Mudah Alih anjuran Kementerian Kewangan bagi membolehkan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar mengakses dan menyemak status wang tidak dituntut,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari tentang langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kewujudan wang tak dituntut.

Mengikut laporan, sehingga 31 Oktober 2017 jumlah wang yang tidak dituntut adalah RM5.96 bilion dengan 70 peratus daripadanya disumbangkan oleh urusan perbankan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan akaun simpanan tetap yang tidak aktif selama lebih tujuh tahun.

Cara Buat Semakan Secara Online Wang Tak Dituntut (WTD)

Berita baik buat semua rakyat Malaysia! Tidak lama lagi akan wujudnya satu sistem semakan online bagi Wang Tak Dituntut(WTD) dan ini sekaligus memudahkan semua orang.

Jika pada mulanya anda perlu beratur di kaunter Wang Tak Dituntut9WTD) untuk membuat semakan, tetapi selepas ini anda boleh menyemak status anda hanya dihujung jari sahaja.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengambil langkah proaktif dengan membangunkan portal semakan dan permohonan dalam talian khusus bagi urusan tersebut.

Walaubagaimanapun, anda hanya boleh mengakses portal tersebut yang dijangka mula beroperasi tahun depan.

“Kita memahami keperluan portal ini berdasarkan keadaan semasa yang mahukan proses semakan lebih cepat dan mudah tanpa perlu bersusah payah beratur di kaunter.” menurut JANM

“Namun apa yang perlu lebih difahami masyarakat adalah semakan WTD ini tidak mempunyai tarikh luput, jadi jika tiada keperluan mendesak, orang ramai tidak perlulah membuat semakan serentak pada satu masa sehingga mengakibatkan kesesakan di kaunter JANM,” katanya.

Buat masa ini, para pengguna hanya boleh membuat semakan di semua pejabat JANM negeri di seluruh negara.

Dilihat keputusan pihak JANM adalah satu keputusan yang tepat. Ini adalah bagi memudahkan urusan semua pihak termasuk rakyat Malaysia dan kerani di JANM.

Cara dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD) di Jabatan Akauntan Negara

Sila hadirkan diri ke pejabat Jabatan Akauntan Negara yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Untuk ketahui senarai lokasi Pejabat Jabatan Akauntan berhampiran anda, Sila klik Alamat Pejabat Jabatan Akautan Negara setiap Negeri.
Bawa Kad pengenalan diri atau IC. Pegawai bank akan semak baki yang ada disemua akaun bank terdahulu.
Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, boleh bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.
Jika ada lebihan baki dari akaun bank terdahulu (akaun yang telah ditutup), sila isi borang dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk IC fotostat, surat pengesahan bank berkenaan, (bank statement atau buku bank yang aktif) utk tujuan bayaran balik melalui kredit terus (bank in).

Lokasi Setiap Negeri Untuk Semak Wang Tak Dituntut

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

@ Negeri Sembilan

Tingkat. 10,Wisma Persekutuan,

Jalan Dato´ Abdul Kadir,

70990 Seremban,

Negeri Sembilan

 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

@ Melaka

Aras 5, Menara Persekutuan,

Jalan Persekutuan, Ayer Keroh,

75450 Melaka

Jabatan Akauntan Negara
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur.
Tel.: 03-2034 1850
Fax: 03-2072 5707/03-2026 7430
Website: www.anm.gov.my

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Sabah

Tingkat 6 & 7, Wisma Perindustrian,

Jalan Istiadat, 88594 Kota Kinabalu,

Sabah, 88400 Kota Kinabalu

 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Perlis

Tingkat 3, Bangunan Persekutuan,

Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar,

Perlis, Taman Pekeliling,

01000 Kangar, Perlis

 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Labuan

Tingkat 5, Blok 4, Ujana Kewangan, Jalan Bukit Timbalai, 87016 Labuan,

Sabah, 87000 Labuan, Labuan Federal Territory

 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Johor

Tingkat 8 dan 11, Lot 20485,

Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek,

80720 Johor Bahru,

Johor

 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Kelantan

Tingkat 1-2, Blok A, Bangunan Persekutuan,

Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu,

Kelantan

 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Perak.

Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee,

30300 Ipoh, Perak.

 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Terengganu.

Unit Wang Tak Dituntut
No.4 Pusat Niaga Paya Keladi
20000 Kuala Terengganu,Terengganu.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Kedah

Tingkat 4, Zon C, Wisma Persekutuan,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

Jalan Sultanah, 06550 Alor Setar, Kedah,

Kampung Anak Bukit, 06550 Alor Setar,

Kedah

 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Pulau Pinang

Tingkat 42, KOMTAR,
10000 Pulau Pinang

 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia @ Sri Aman.

Tingkat 2 & 3, Blok 3, Wisma Persekutuan,

Fasa 2, Jalan Polis, 95000 Sri Aman,

Sarawak, 95000 Sri Aman, Sarawak

 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia @ Pahang

Tingkat 4 & 5, Bangunan BSN, Jalan Bank,

25000 Kuantan,

Pahang.

 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia @ Selangor
Bangunan Affin Bank,
Lot Presint 3.4, Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor

Sumber: blogammar

Leave a Reply