FIFA Menjemput 13 Warga Thailand ‘Wild Boar’ Yang Terperangkap Dalam Gua Ke Final Piala Dunia!! Ini Dikatakan Pelangi Selepas Hujan!!!

BANGKOK – Lawatan ke Moscow untuk menonton perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2018 menanti 12 pemain remaja dan jurulatih mereka dari Thailand yang terperangkap di dalam gua di Chiang Rai, utara Thailand, jika mereka keluar dengan selamat dan berada dalam keadaan sihat untuk melakukan perjalanan.

Jemputan itu disampaikan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino melalui surat kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Jeneral Somyot Poonpanmoung, semalam.

Salinan surat itu disiarkan dalam Facebook FAT.

“Kami berharap, mereka dapat disatukan semula dengan keluarga masing-masing pada hari-hari yang akan datang dan tahap kesihatan mereka membolehkan mereka melakukan perjalanan, FIFA gembira untuk menjemput mereka sebagai tetamu kami untuk menyaksikan final Piala Dunia 2018 di Moscow,” demikian menurut Infantino dalam surat tersebut.

Beliau berharap pemain berusia antara 11 dan 16 tahun dan jurulatih berusia 25 tahun daripada Akademi Bola Sepak ‘Wild Boar’ (Mu Pa) dapat menyertai FIFA di perlawanan akhir yang ‘pastinya menjadi detik persahabatan dan sambutan yang indah’.

Final Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung di Stadium Luzhniki, Moscow pada 15 Julai ini.

Kumpulan remaja itu dan jurulatih mereka terperangkap di dalam gua Tham Luang yang dinaiki air di Chiang Rai sejak 23 Jun. Selepas hilang selama sembilan hari, pasukan penyelamat berjaya menemukan mereka Isnin lalu,

Bagaimanapun, anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini mengejar masa untuk membawa keluar mangsa berikutan penyelam perlu mengambil masa antara 11 hingga 12 jam untuk menyelam dalam keadaan berbahaya untuk sampai kepada mangsa yang terperangkap.

Infantino, dalam suratnya kepada FAT, berkata FIFA dengan cemas mengikuti berita operasi SAR dan lega mendengar khabar bahawa kumpulan pemain dan jurulatih itu berjaya ditemukan oleh pasukan penyelamat.

Beliau juga melahirkan rasa simpati yang mendalam dan sokongan FIFA kepada keluarga mangsa serta perpaduan rakyat Thailand bagi menghadapi masa yang penuh cabaran ini.

Sumber daripada Oh My Media

Terkini: 17 Hari Terperangkap, Kesemua Mangsa Dalam Gua Thailand Selamat Dikeluarkan

Thailand, 10 Julai – Penyelam di utara Thailand berjaya mengeluarkan kesemua 13 mangsa yang terperangkap di dalam gua berjaya dikeluarkan selepas 17 hari mereka semua terperangkap di dalam gua terbabit.

Kes yang mendapat perhatian dunia itu mencuri tumpuan dunia sehingga mengumpulkan para penyelam terkemuka dari serata dunia. Lapan mangsa pertama yang diselamatkan, pada Ahad dan Isnin, dikatakan dalam kondisi yang baik, fizikal mahupun mental.

Seorang penyelam, Saman Gunan, meninggal pada Jumaat selepas lemas akibat kehabisan oksigen ketika operasi menyelamat.

Ini Kronologi Kes Kanak-Kanak Sesat Dalam Gua Di Thailand

Pada 23 Jun, pasukan bola sepak yang terdiri daripada 12 kanak-kanak dan seorang jurulatih telah masuk ke gua Tham Luang di utara Thailand selepas berlatih dan tidak pulang ke rumah pada malam itu

Mereka yang berusia antara 11 hingga 16 tahun, dan jurulatih berusia 25 tahun dipercayai terperangkap kerana hujan lebat telah menghalang laluan mereka untuk berpatah balik. Gua sepanjang 4 kilometer itu dinaiki air dan mengalami banjir yang teruk sehingga beberapa hari selepas mereka terperangkap.

Apa sebenarnya yang berlaku? Baca di bawah:

Pada hari Sabtu 23 Jun lepas, sepasukan team bola bernama Wild Boars F.C terdiri dari 12 kanak-kanak berumur dari 11-16 tahun beserta coach mereka jalani latihan biasa. Selepas latihan, mereka merancang memasuki gua Tham Luang Nam Ning di Chiang Rai, utara Thailand berdekatan Myanmar. Mereka pernah masuk gua ini sebelum ini tetapi hanya sekerat jalan. Kali ini mereka hendak pergi lebih jauh ke dalam. Masa masuk, hampir tiada air sepanjang laluan mereka hingga membawa mereka ke penghujung gua.

Setelah mereka tiba di hujung gua, mereka perlu patah balik ikut jalan yang sama untuk keluar. Perjalanan sejauh lebih kurang 4km.

Tetapi, ketika mereka di dalam, hujan telah turun dengan lebatnya dan agak lama. Oleh kerana hujan, sambil berteduh mereka terus ke hujung gua. Bila tiba di hujung gua, air mula masuk ke dalam gua dan lama kelamaan menjadi banjir. Nasib baik di hujung gua ada sebuah batu yang tidak ditenggelamkan air kerana kedudukannya agak tinggi. Oleh kerana batu itu tinggi maka keadaan agak sempit tapi muat untuk 13 orang itu duduk tunggu air surut.

Usaha mencari oleh pasukan SEAL Thailand bermula apabila mendapat laporan kehilangan mereka dan mengesyaki mereka berada di dalam gua. Apabila cuba masuk, rupanya gua itu tidak lagi boleh masuk dengan cara berjalan kerana keadaannya tidak rata dan air bertakung sana sini. Ada tempat yang sangat dalam hingga perlukan penyelaman, ada tempat pula agak sempit untuk penyelam yang membawa tangki oksigen melepasinya dan ada yang teruk berlumpur dan sangat gelap hingga sukarkan pandangan ketika menyelam.

Pasukan penyelam mempunyai empat cara untuk menyelamatkan mangsa iaitu:

1. Mengepam keluar air dari dalam gua hingga kering untuk memudahkan kanak-kanak itu berjalan keluar sepertimana mereka masuk. Banyak pam industri telah dibawa ke lokasi tetapi hanya mampu mengepam 40% sahaja air keluar.

Askar Thailand memikul pam yang digunakan untuk mengepam keluar air daripada gua.

2. Membiarkan mereka di dalam sehingga air surut untuk mereka berjalan keluar. Tetapi hujan diramalkan turun kerana sekarang kawasan itu dilanda monsun. Hanya Oktober sahaja monsun akan berakhir.

3. Membawa keluar dengan menyelam. Mereka tidak pandai berenang. Menyelam pula perlukan kepakaran apatah lagi menyelam selama 5 jam. Ditambah pula keadaan fizikal mereka yang sangat lemah tanpa makan dan minum yang cukup walau mereka kelihatan ceria dan mampu tersenyum. Bagaimana remaja tidak pandai berenang, lemah badan, hendak menyelam dengan begitu lama? Lebih-lebih lagi dengan kematian seorang penyelam profesional di pertengahan jalan akibat kekurangan oksigen.

4. Menebuk lubang dari atas gua dan menarik mereka keluar. Usaha ini agak rumit kerana perlu membuat jalan di hutan yang tebal bagi membawa masuk jentera boring. Juga sulit untuk mengesan dengan tepat lokasi kanak-kanak ini dari atas gua. Khuatir juga jika kerja penebukan akan mebyebabkan tanah di bawah runtuh lalu menimbus mereka.

Selepas pencarian selama 10 hari, kesemua 13 orang itu ditemui hidup oleh dua penyelam British pada 2 Julai

Dua penyelam tersebut Rick Stanton dan John Volanthen mengambil masa beberapa jam untuk sampai ke lokasi itu, sekitar 400 meter jauh dari Pattaya Beach.

Video di bawah menunjukkan mereka masih berada di atas batu yang menyelamatkan mereka daripada tenggelam.

Sumber daripada Malloc Media Network via Empire Media Network

Leave a Reply