Gadis berumur dua tahun ini pertama kali melihat dunia, dan reaksi ibunya sangat menyentuh perasaan

Nicole, yang berasal dari Brazil telah dilahirkan dengan mata yang buta. Dia diagnosis dengan glaukoma kongenital, dan matanya mempunyai pengumpulan cecair yang menyebabkan dia menjadi buta. Pada masa yang sama, telinganya juga tersumbat dengan cecair, yang menjadikannya buta dan pekak.

Ketika dia masih kecil lagi, dia telah menjalani beberapa siri pembedahan, tetapi malangnya semua pembedahan yang dijalankan telah gagal. Walau bagaimanapun, ibunya, Diana, enggan berputus asa dan dia masih percaya bahawa anaknya masih mempunyai kemungkinan untuk pulih. Jadi dia memuat naik kisah Nicole ke Facebook untuk membiarkan lebih ramai orang tahu bahawa mereka memerlukan bantuan.

Akhirnya, mereka berjaya mengumpul dana yang mencukupi, iaitu kira-kira $17,000 untuk membolehkan Nicole menerima pembedahan yang mampu mengubah hidupnya. Selepas menjalani pembedahan yang panjang, kali ini ia berjaya. Syukur pada Tuhan!

Video ini menunjukkan proses ketika doktor membuka penutup mata pada Nicole supaya dia boleh melihat untuk pertama kalinya. Momen bersejarah ini pastinya akan diingati oleh ibunya seumur hidup.

Mari saksikan betapa gembiranya ibu Nicole apabila melihat anak kesayangannya kini pulih. Terlalu gembira sehingga menitis air mata!

Era Baru

Leave a Reply