Hidup penuh kesederhanaa n..Najib Razak & Rosmah santai

Video ini memaparkan bagaimana hidup mantan perdana menteri Malaysia dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah. Nampak sekali mereka begitu santai ketika bertemu rakyat. Makan dan menjamu hidangan bersama-sama rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan mahupun warna kulit.

Kedua dua pasangan ini juga nampak lebih mesra dengan menggunakan pakaian yang bersahaja. YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI HAJI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis,Pahang.Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah.

Tahun 1976,beliau beliau berkahwin dengan Tengku Putri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga orang cahaya mata : Mohd Nizar Najib ( 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib.
Pada tahun 1987,beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansur dan dikurniakan dua orang anak : Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib.

Manakala isteri beliau pula Datin Seri Rosmah Mansor dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 1951. Beliau merupakan canselor Universiti Industri Selangor. Beliau merupakan isteri kedua Najib. Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai dua orang anak, Norashman dan Nooryana Narjawa. Beliau mempunyai seorang anak Azrene Soraya hasil daripada perkahwinan beliau yang pertama dengan Farith Ismeth Amir. Ibu beliau berasal dari Kampung Mertang, Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Sila tonton video:

Leave a Reply