‘Hodoh Sangatkah Saya Ibu?’ Rintihan Mangsa Buli Sentuh Hati Masyarakat Termasuk Artis Hollywood

WALAUPUN tidak mempunyai wajah yang normal, seorang budak lelaki dari Knoxville, Tennessee, mempunyai sifat ingin tahu apa yang sebenarnya pembuli rasakan sewaktu mengejek dan mencaci insan sepertinya?

Satu rakaman video menyayat hati seorang budak lelaki itu meminta untuk tidak lagi dibuli telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial Facebook dan Twitter.

Video tersebut menunjukkan, Keaton Jones bertanya kepada ibunya, Kimberly Jones, mengapa dia sering dibuli dan apakah sebab dia dibuli, hodoh sangatkah hidung dan buruk sangatkah wajah saya? tanyanya.

Dalam keadaan menangis teresak-esak, Keaton terus bertanyakan kepada ibunya, “mengapa ada yang berasa gembira apabila membuli kanak-kanak yang tidak bersalah? Perbuatan membuli itu tidak bagus,” katanya
Rakaman video yang telah dikongsi oleh ibunya, Kimberly Jones di laman media sosial Facebook telah ditonton lebih 16 juta kali.

“Saya diejek kerana hidung saya dan mereka berkata saya mempunyai wajah yang hodoh. Mereka turut membaling roti dan menuang susu ke atas saya semasa waktu rehat di sekolah.

“Manusia yang berbeza daripada normal seperti saya tidak sepatutnya dibuli, bukan salah kami dijadikan sebegini rupa. Kami sepatutnya tidak dikritik.

“Walaupun dilakukan sedemikian, saya berharap rakan-rakan lain yang dibuli seperti ini untuk terus bertahan. Jangan benarkan pembuli mengganggu anda. Saya pasti satu hari nanti, semuanya akan menjadi lebih baik,” katanya dalam keadaan penuh hiba menerusi video tersebut.

Rakaman video tersebut turut menarik perhatian ramai bintang terkemuka antarabangsa seperti bintang hip hop Snoop Dogg, Chris Brown, Patrick J Adams dan Miley Bobby Brown.

Sumber: Instagram @chrisbrownofficial
Sumber: Instagram @chrisbrownofficial

Patrick J Adams

@halfadams

We hear you . I was bullied constantly growing up. And could never have put into words what you have. It does get better. And it gets better because of who are and what you know and how you share it with all of us. Thank you for your courage. https://twitter.com/jamieogrady/status/939542413722509312 

6:43 AM – Dec 10, 2017

 157157 Replies

 3,2043,204 Retweets

 15,11615,116 likes

Millie Bobby Brown

@milliebbrown

Keaton, this is so accurate. Why do people do this? I think your sooo cool Keaton! I wanna be your friend ( but srsly) ur freakin awesome ❤️ https://twitter.com/halfadams/status/939626668641067008 

7:07 AM – Dec 10, 2017

 363363 Replies

 2,9322,932 Retweets

 24,88824,888 likes

Mereka terus menyokong denagn memberi kata-kata semangat kepada Keaton dan memohon agar perbuatan membuli dihentikan.

Sumber:astroawani

Leave a Reply