Ibu tersentak lihat anjing menggigit anak perempuannya namun terkejut apabila menyaksikan perkara sebenar

Anjing dianggap sebagai kawan baik manusia. Dan sekiranya dilatih dengan baik, ianya tidak akan pernah terfikir pun untuk mencederakan manusia lain.

Walau bagaimanapun, sesetengah manusia masih khuatir dengan keselamatan mereka dengan anjing peliharaan, terutama sekali anjing yang diambil daripada pusat perlindungan.

Samalah kisahnya dengan Catherine Svilicic yang membuat keputusan sukar untuk mengambil anjing daripada pusat perlindungan.

Pada awal Oktober yang lalu, Catherine telah berehat di laman belakang rumahnya dan menikmati cuaca yang baik.

Anak perempuannya, Charlotte yang masih berusia 17 bulan sedang bermain-main di situ, sambil diperhatikan anjing peliharaan baru mereka, seekor anjing spesis Dobermann bernama Khan. Khan masih baru bersama mereka.

Khan tidak menjalani kehidupan yang begitu baik sebelum ini. Apabila ia diselamatkan pihak pusat perlindungan, ia tidak cukup makan dan sentiasa resah. Namun begitu, ianya masih cukup jinak untuk diambil sebagai haiwan peliharaan.

Namun, satu peristiwa tiba-tiba mengubah segala-galanya.

Menurut Catherine, Khan tiba-tiba menjadi begitu agresif terhadap Charlotte dan cuba menolaknya ke tepi. Apabila ia tidak berhasil, Khan menggigit lampin Charlotte dan mencampaknya sejauh lebih satu meter.

Catherine sangat terkejut kerana perilaku Khan yang begitu agresif. Selama ini, ia begitu tenang dan pasif sahaja.

Namun, sedang dia bergegas menuju ke anaknya, dia mendapati seekor ular menyusur ke bawah kawasan rumah!

Pada masa yang sama, Khan sedang menghadapi ular itu dan ular itu mengeluarkan bunyi yang sangat kuat.

Catherine mulai menyedari bahawa Khan telah menggunakan kekuatannya untuk mempertahankan anak perempuannya daripada ular itu. Ular itu didapati merupakan antara ular paling berbisa di dunia.

Walaupun Khan hanya berada di rumah mereka selama beberapa hari sahaja, ia sudah bersedia mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan tuannya. Ini membuktikan betapa setianya seekor anjing terhadap tuan mereka!

Era Baru

Leave a Reply