“Ini bukan suatu gurauan, saya memang berminat untuk bermain di Malaysia,” Kata Ronaldiho Yg Begitu Tertarik Utk Bermain Di Malaysia..

Bekas bintang Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG) Ronaldinho menyuarakan minatnya untuk bermain dalam Liga Malaysia (Liga M), tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Pemain berusia 37 tahun itu berkata dia begitu tertarik untuk bemain di negara ini apabila mendapati rakyat Malaysia sangat meminati bola sepak.

“Ini bukan suatu gurauan, saya memang berminat untuk bermain di Malaysia. Semua orang di sini meminati bola sepak dan saya yakin mereka akan layan saya dengan cukup baik.

“Mungkin saya akan bermain di sini secara percuma,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Jelajah Trofi Kejohanan UEFA di pusat beli-belah Pavilion hari ini.

Kira-kira 400 peminat membanjiri ruang utama Pavilion untuk menatap wajah legenda bola sepak dunia itu dan berswafoto dengan Trofi Kejohanan UEFA.

Sementara itu, pemenang dua kali Ballon d’Or itu berkata dia mempunyai banyak projek selepas persaraan yang diumumkan pada awal Januari.

“Seperti yang anda maklum, saya ingin memberi fokus kepada akademi saya – Ronaldinho Soccer Academy, dan menyumbang kembali kepada kanak-kanak kerana saya mahu mereka menjadi pemain bola sepak profesional pada masa akan datang,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Ronaldinho yakin negaranya, Brazil, mempunyai peluang untuk menjuarai Piala Dunia 2018 di Rusia Jun ini.

“Saya rasa peluang kami cukup besar kali ini. Kami mempunyai pasukan yang sangat kuat dan jurulatih yang hebat,” katanya.

Sumber:malaysiakini.com

Leave a Reply