Ini Fakta Tentang Mohamed Salah Yg Ramai Tak Tau.,Beliau Menjadi Penjaring Terbanyak Eropah Setakat Ini…

Fenomena Mohamed Salah

Nama bintang bolasepak yang sedang melonjak naik dan menjadi penjaring terbanyak Eropah setakat ini. Dunia sedang memberi tumpuan kepada bintang kelahiran Mesir ini.

Di sebalik kelincahan beliau di atas padang, ada lagi perkara yang kita patut contohi. Mohamed Salah dilahirkan dan dibesarkan di Nagrig, Gharbia. Salah satu bandar di Mesir yang mana kampung beliau itu menghadapi masalah kemiskinan. Mohamed Salah telah membelanjakan sebanyak 15 juta Euro untuk masalah kemiskinan ini. Duit tersebut digunakan untuk membina sekolah, ambulan untuk hospital, program-program amal untuk kanak-kanak dan membeli barang-keperluan penduduk di sana.

Antara kisah yang terkenal ketika beliau masih bermain di Iskandariah dulu, rumah Mohamed Salah pernah dimasuki oleh perompak dan beberapa hari kemudian perompak tersebut berjaya diberkas oleh polis. Ayah Mohamed Salah membuat keputusan agar perompak ini dibicarakan di mahkamah supaya disabitkan atas kesalahan merompak. Namun, Mohamed Salah memujuk ayahnya agar kes ini digugurkan dan ayah beliau bersetuju. Mohamed Salah berjumpa sendiri dengan perompak tersebut dan memberikan wang untuk membantu serba sedikit kehidupannya dan menbantunya mencari pekerjaan.

Sedar tak sedar, Mohamed Salah adalah pemain yang paling bersih rekodnya dalam padang. Tidak banyak kad kuning dilayangkan kepada beliau. Pengurus Kelab beliau (Liverpool) mengatakan “kami berasa sangat senang dengan kehadiran Moahamed Salah dalam kelab ini. Beliau disayangi kerana baik kepada semua orang.” Beberapa hari yang lepas, kelab Liverpool (MO Salah bermain untuk kelab ini) menentang kelab AS Roma dalam perlawanan separuh akhir Piala Liga Eropah. Mohamed Salah menjaringkan dua gol yang membawa kepada kemenangan kelabnya 5-2. Tetapi Salah tidak terlalu meraikan golnya itu kerana untuk menjaga hati rakan bekas pasukannya iaitu AS Roma.

Beliau sangat menjaga perintah Allah yang diwajibkan ke atas dirinya iaitu solat dan juga sering membaca al Quran ketika lapang. Beliau tidak hanya pemain bolasepak tetapi menjadi duta Islam yang ikonik. Islamphobia mula terhakis di Barat semenjak kedatangan beliau dalam Liga Inggeris. Bahkan pernah dalam twitter peminatnya menulis “aku akan masuk Islam kalau Salah menjaringkan gol lagi untuk perlawanan seterusnya”

Semoga kisah beliau menjadi inspirasi kepada kita semua.

Sumber: fb Uthman Daud

Leave a Reply