Ini Reaksi Perdana Menteri Tun Mahathir Bila Pembangkang Keluar Dewan Ramai Ramai

Speaker baru ikrar laksana tugas dengan bebas

Speaker Dewan Rakyat yang baru dilantik, Datuk Mohamad Ariff Yusof berikrar akan melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Video Penuh Di Bawah Artikel

“Saya akan berusaha melaksanakan tugas saya dengan sepenuh hati dan bebas daripada pengaruh luar untuk memelihara, memartabat maruah dewan yang mulia ini.

“Saya juga akan bersama dengan tuan-tuan dan puan-puan yang berhormat sekalian berusaha ke arah meningkatkan lagi wibawa institusi parlimen negara kita, supaya budaya demokrasi berparlimen negara kita bertambah berkesan, adil dan saksama,” katanya dalam kenyataan.

Hakim bersara itu berkata persidangan Dewan Rakyat kali ini menempa sejarah kerana kali pertama sejak peralihan kuasa berlaku dengan penuh aman.

“Ini bukti keampuhan sistem demokrasi berparlimen kita untuk menangani perbezaan dan perselisihan yang sudah pasti wujud dalam mana-mana negara, lebih-lebih lagi dalam negara kita yang bernilang kaum dan pegangan ini.

“Kini perhatian dunia tertumpu kepada Dewan Rakyat ini sebagai ruang untuk mengurus kepelbagaian yang wujud di dalam negara kita dengan cara yang tertib dan mengekalkan keamanan,” katanya.

Mohamad Ariff Yusof, 69 dimasyhurkan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang kesembilan hari ini dan merupakan calon tunggal yang dikemukakan untuk memegang jawatan itu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengusulkan pencalonan Mohamad Ariff sejurus persidangan Dewan Rakyat bermula pada 10 pagi ini. Cadangan itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun pelantikan Mohamad Ariff menerima bantahan daripada pembangkang yang bertindak keluar dewan beberapa minit selepas anggota parlimen duduk di kerusi masing-masing.

Mereka berpendapat pelantikan itu tidak mengikut peraturan dewan mesyuarat yang seharusnya mengikut peruntukan 4 (1) berkaitan 14 hari pemakluman kepada anggota Dewan Rakyat. SUMBER : MKINI

REAKSI TUN MAHATHIR BILA KECOH PEMBANGKANG KELUAR DEWAN

Perdana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya melemparkan senyuman ketika anggota parlimen Umno dan PAS melangkah keluar dewan sebagai tanda bantahan, beberapa minit selepas anggota parlimen duduk di kerusi masing-masing untuk memulakan sidang parlimen.

Tindakan anggota parlimen pembangkang yang keluar dewan itu dipercayai berhubung cadangan pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai speaker.

Terdahulu, setiausaha Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya menerima surat daripada Mahathir berhubung cadangan pelantikan Mohamad Ariff pada 2 Julai lalu.

Hanya Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman sahaja yang tidak menyertai anggota parlimen pembangkang lain keluar dewan.

Tun Mahathir Senyum Jer

Pembangkang Keluar Dewan. Khairy Jamaluddin Dan Anifah Tak Ikut Keluar Tetapi Tengok Siapa Yang Keluar Dulu

Baru 10 minit, Dewan Rakyat sudah kecoh

Sidang Dewan Rakyat kecoh ketika sesi pencalonan Speaker Dewan Rakyat yang baharu pada pagi ini disusuli dengan ahli parlimen pembangkang bertindak untuk keluar dewan.

Ia sebagai protes kepada perlantikan bekas hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat ke-9 pada hari ini, menggantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Perlantikan beliau disahkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah kerana hanya satu nama yang diterima untuk perlantikan jawatan tersebut.

Ketika itu, Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) bangun untuk menyatakan protes terhadap prosedur pencalonan dengan merujuk kepada ‘Point of Order’ namun proses perlantikan tetap diteruskan

KJ, Anifah bersendirian di blok pembangkang

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman menjadi dua ahli parlimen pembangkang yang kekal di dalam Dewan Rakyat apabila kesemua ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang lain keluar dewan bersama ahli parlimen PAS sebagai tanda protes proses perlantikan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Kekecohan timbul apabila usul perlantikan Speaker dilakukan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyudin Hassan memanggil “point of order” beberapa kali sewaktu Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah membacakan prosedur sebelum usul perlantikan Speaker Dewan Rakyat dilakukan.

“Kami tidak menolak calon Speaker, tetapi kami menolak cara proses pelantikan speaker berdasarkan Peraturan Mesyuarat 4(1) Dewan Rakyat,” Takiyuddin, yang mewakili pembangkang di Dewan Rakyat, memberitahu pemberita ketika di luar dewan.

Ahli parlimen pembangkang kemudian dilihat meninggalkan dewan, dengan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Rahman, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan antara yang dilihat berada di lobi Parlimen kemudian. SUMBER : Astro Awani

via kaki tular

Leave a Reply