INI RESPOND BALAS NAJIB RAZAK SELEPAS PM TUN MAHATHIR UMUM TIADA LAGI HAJI PERCUMA DENGAN DUIT CURI, DIA AKHIRNYA MENCERITAKAN SEGALA2NYA YANG TERPENDAM!

Sebelum ini Tun M Umum Tiada Lagi Haji Percuma Dengan Duit Curi- PM Tun Dr Mahathir Mohamad

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kerajaan tidak lagi akan menghantar jemaah untuk menunaikan haji dengan menggunakan wang yang dicuri.

Beliau jelas menyindir program amal Yayasan 1MDB yang menaja perjalanan haji percuma.Ramai orang tidak akan dapat melaksanakan haji kali ini kerana kerajaan tidak akan membayar haji mereka dengan wang yang dicuri.

Jika anda mahu, kita boleh mencuri dan bayar, tetapi kita tidak percaya pada cara mencuri wang, katanya ketika berucap pada majlis makan malam di Tokyo dengan warga Malaysia yang menetap di Jepun.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan-rakannya dituduh memperalatkan 1MDB untuk menyalahgunakan dana daripada syarikat milik negara itu.

Najib menafikan sebarang salah laku atau mengambil dana awam untuk keuntungan peribadi.Mahathir turut berkata kerajaan baru Pakatan Harapan terpaksa memulihkan negara dan menangani hutang besarnya RM1 trilion.Image result for Najib minta jemaah haji ditaja 1MDB terus sokong BN

Orang yang sudah mempunyai kehidupan yang cukup baik tidak akan mendapat bantuan HARAPAN seperti BR1M.Kami tidak menyebutnya BR1M, kami memanggilnya dengan nama lain kerana kami tidak mahu mewarisi kebiasaan buruk mereka kerajaan sebelumnya, katanya.

Hargai sumbangan Tabung Harapan. Beliau juga memuji mereka yang menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia, yang ditubuhkan bagi membolehkan orang ramai menderma bertujuan membayar hutang negara.

Ada sesetengah orang membuat keputusan mereka mesti mendermakan wang kepada kerajaan dan bukannya disebabkan desakan kerajaan.

Sekarang, kita telah kumpulkan lebih daripada RM40 juta. Sudah tentu, apabila anda perlu membayar RM1 trilion hutang negara, maka jumlah RM40 juta bukanlah besar mana tetapi isyaratnya itu yang amat dihargai.

Saya sangat berterima kasih kepada mereka, kami sangat berterima kasih kepada mereka, walaupun di sekolah-sekolah, murid-murid mengumpul wang untuk didermakan kepada kerajaan, katanya.

Ini Respond Balas Najib Razak. Dia Akhirnya Menceritakan Segala2nya yang terpendam!

Di sebalik meyakinkan ramai rakyat Malaysia sebelum Pilihanraya Umum ke-14, kononnya saya mencuri berbilion dana 1MDB, Tun Mahathir kini berkata, tanpa bukti kukuh, menahan atau mendakwa saya di mahkamah adalah tidak mudah.

Beliau turut berkata bukti tidak kukuh dan jika saya didapati tidak bersalah oleh mahkamah, maka segala tuduhan yang dilempar dan tindakan oleh Pakatan Harapan selama ini akan dipersoalkan oleh rakyat.

Dengan berkata demikian, Tun Mahathir telah mengaku PH membuat segala tuduhan itu terhadap saya tanpa bukti kukuh.

Ia juga membuktikan kertas pertuduhan yang didakwa sudah disediakan untuk mendakwa saya pada 2015 adalah tidak benar dan sebahagian dari konspirasi menggunakan individu tertentu di dalam pentadbiran kerajaan untuk menggulingkan saya.

Pada ketika itu, kenyataan saya tidak pernah diambil oleh SPRM, justeru bagaimana pula ada kertas pertuduhan?

Hanya sekarang, mereka mahu melakukan justifikasi kepada tuduhan mereka dengan mencari ‘bukti’, sama ada ia benar, diimaginasikan atau direka.

Saya ingin ulangi, bahawa saya tidak menerima faedah mahupun mencuri wang dari 1MDB atau mana-mana pihak. Jika saya didakwa atas alasan politik, saya yakin mahkamah akan membuktikan saya tidak bersalah.

Berbeza dengan Perdana Menteri ke-4, anak saya tidak memiliki syarikat senarai awam, memiliki kereta mewah ‘supercar’ bernilai berjuta Ringgit dan tidak pernah dianugerahkan kontrak kerajaan atau menjalankan perniagaan dengan kerajaan.

Selain itu, saya juga sedih apabila ramai rakyat beragama Islam berpendapatan rendah di negara ini yang memerlukan bantuan bagi memenuhi tuntutan agama menunaikan Haji, kini tidak lagi menerima bantuan dari kerajaan.

Tun Mahathir adalah silap untuk mendakwa wang yang digunakan 1MDB bagi membiayai beribu jemaah haji, adalah hasil curi.

Tun Mahathir kerap membuat dakwaan duit dicuri dari 1MDB. Bagaimana agaknya, 1MDB mencuri wang 1MDB sendiri untuk membolehkan syarikat ini membiayai jemaah haji?

Jemaah haji yang dibiayai 1MDB tidak perlu bimbang kerana dana yang digunakan untuk membantu mereka menunaikan Rukun Islam ke-5 ini adalah dari sumber halal kerana saya akan menanggung dosa yang besar jika ia adalah sebaliknya.

sumber: page Najib Razak via tvbulan.com

Leave a Reply