Inilah Cara Sukat Masak Nasi Lemak Untuk Niaga Atau Majlis Keraian

Jadi, kali ni saya ingin kongsikan dengan anda semua cara masak nasi lemak  yang sesuai untuk dibuat jualan. Anda boleh jual nasi lemak bungkus ni dalam RM 1.00 – RM 1.50 untuk telur dan bilis. Kalau berlaukkan ayam, anda bolehlah lebihkan harga.

Sukatan dan cara masak nasi lemak ni boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu tanak seperti biasa atau kukus. Kalau versi kukus, bolehlah anda namakan Nasi Lemak Kukus Sedap! Jom kita tengok cara-caranya.

Cara masak nasi lemak sukatan untuk 10 orang

Bahan-bahan :

1 kg beras
½ kg santan pekat
1 liter air
1 sudu garam
Daun pandan

Cara masak nasi lemak sukatan untuk 30 – 40 orang

Bahan-bahan :

3 kg beras
1 kg santan pekat
3 liter air
3 sudu besar garam
Daun pandan

Cara masak nasi lemak untuk 55 – 60 orang

Bahan-bahan :

5 kg beras
1 ½ kg santan pekat
5 liter air
5 sudu besar garam
Daun pandan

Cara penyediaan :

Tanak

#1. Basuh beras dan toskan. Masukkan santan ke dalam periuk nasi bersama air, garam dan daun pandan. Didihkan hingga berbuih kecil. Kemudian masukkan beras dan kacau hingga sebati. Lalu, anda bolehlah alihkan periuk ke dalam ‘rice cooker’ dan tunggu hingga nasi masak. Selepas nasi masak, kacau nasi tadi agar ia sebati dan berderai cantik.

Kukus

#1. Basuh beras dan toskan. Masukkan santan ke dalam periuk nasi bersama air, garam dan daun pandan. Didihkan hingga berbuih kecil. Kemudian masukkan beras dan kacau hingga sebati. Teruskan kacau nasi hingga nasi agak kering. Sementara itu, anda bolehlah panaskan periuk kukus. Apabila air periuk kukus mendidih, masukkan nasi tadi ke dalam periuk dan kukus selama 15 – 20 minit atau hingga nasi masak.

Resepi dah ada. Caranya pun dah ada. Jadi anda semua bolehlah mencuba ya. Sambil menjadikan ia sumber pendapatan. tapi boleh juga kalau anda nak masak untuk kenduri kecil-kecilan di rumah. Senang, mudah dan sedap.

Tips : nasi lemak yang dimasak secara kukus lebih tahan lama, tidak cepat basi dan cantik. Anda jangan lupa mencuba ya.

Sumber: Dari Dapur via sinar viral

Bagaimana Cara Nak Masak Nasi Agar Tak Cepat Basi? Meh Baca 7 Petua Berkesan ini

Screen-Shot-2016-12-28-at-3-24-06-PM.png

Diolah oleh Feyra Nasrom Sumber siraplimau

Nasi yang dimasak kebiasannya tidak boleh disimpan dengan lama. Mudah jadi melekit dan cepat basi. Bagaimana cara untuk mengekalkan nasi agar tahan lebih lama? Kami ada 7 petua untuk korang semua. Mudah sahaja, baca kat bawah ni :

1)Kena basuh hingga bersih

Kalau korang nak tahu, beras harus dibasuh banyak kali untuk mengelakkan ia cepat basi.  Jadi, apa yang perlu dilakukan, basuh beras banyak kali, cuci 2-3 kali dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar.

2) Periuk kena dicuci dengan betul

Pastikan periuk nasi dicuci dengan betul. Salah satu sebab nasi cepat basi disebabkan periuk tidak dicuci dengan betul. Periuk yang sudah berkarat atau ada kesan kotoran yang tidak tertanggal akan menyebabkan nasi yang dimasak tidak berkualiti dan cepat basi.

3)Perah limau nipis

Sebelum masak nasi, perahkan setengah biji limau nipi dalam pot beras yang sudah disukat air. Limau nipis hanya untuk mengekalkan nasi jadi tahan lama dan tidak akan menjejaskan rasa nasi,. Disamping itu, petua ini akan membuatkan nasi akan jadi lebih harum.

4)Pastikan wap nasi hilang selepas dimasak

Sejurus nasi masak, pastikan buka penutupnya. Kacau nasi supaya masak secara rata. Biarkan wap nasi keluar dan pastikan lap penutup periuk. Petua ini akan menjadikan nasi bertahan lama dan tidak menjadi lembab. Selain itu, selesai sahaja masak nasi, sila cabut plug periuk.

5) Letak secubit garam

Masukkan secubit garam dalam sukatan air. Garam akan membuatkan nasi tahan lebih lama dan jadi lebih sedap.

6) Panaskan periuk nasi atas dapur

Ada sesetengah individu akan membiarkan nasi dalam periuk hingga berhari-hari. Ini akan menyebabkan nasi jadi berair dan basi. Walaupun sudah mencuci berkali-kali, bakteria dalam periuk masih aktif. Menurut pengguna Facebook, Suaida Salehudin, korang telingkupkan sahaja periuk nasi atas dapur dan nyalakan api. Bakterian akan terbunuh dan juga membuatkan nasi akan tahan lebih lama.

7) Masak air dalam periuk nasi

Masak air dalam periuk nasi hingga mendidih, kemudian masukkan beberapa helai daun pandan. Cara ini hanya perlu dilakukan sebulan sekali sahaja,

Haaa senang je kan, lepas ni nasi yang korang masak boleh tahan sampai 2,3 hari ! selamat mencuba!

 

Leave a Reply