Inilah Tanda2 Seseorang Mempunyai Ciri2 Orang Mukmin Yg Hebat. Muhasabah Diri Anda, Sekiranya Bnyak Tersilap Dalam Kehidupan, Cepat2lah Bertaubat Sementara Pintu Masih Dibuka.

CIRI ORANG MUKMIN YANG HEBAT IALAH :

ia meninggalkan dunia, sebelum ia meninggal dunia.

ia bersedekah sampai kaya, bukan kaya baru nak bersedekah.

ia berdakwah sampai alim, bukan sudah alim baru nak berdakwah.

ia datang ke masjid sampai tua, bukan tua baru nak ke masjid.

ia beramal sampai ikhlas, bukan ikhlas baru nak beramal.

ia solat,sebelum ia disolatkan.

Dari Saidina Al-Abbas ibnu Abdul Muttalib r.a, beliau berkata, bahawasanya:
“saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda :

“Seseorang akan merasai kelazatan iman, jika dia meredhai bahawa Allah sebagai Rabbnya, dan meredhai bahawa Islam ialah agamanya, dan meredhai bahawa Muhammad ﷺ ialah seorang Rasul Allah.”

SIAPAKAH ORANG YANG SOMBONG?

Orang yg sombong adalah orang yg diberi nikmat kehidupan tapi tidak mahu sujud kepada Tuhan yg menjadikan kehidupan itu iaitu Allah SWT. Maka bertasbihlah segala apa yg dibumi dan dilangit kepada Tuhan-Nya kecuali Jin & Manusia yg sombong diri.

SIAPAKAH ORANG YANG TELAH MATI HATINYA?

Orang yg telah mati hatinya adalah orang yg diberi petunjuk melalui ayat² Qur’an, hadis, dan cerita-cerita kebaikan namun tidak merasakan kesan apapun didalam jiwanya untuk bertaubat.

SIAPAKAH ORANG YANG BODOH?

Orang yg bodoh adalah orang yg tidak mahu melakukan ibadah tetapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan mengazabnya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

SIAPAKAH ORANG YANG LEMAH?

Orang yg lemah adalah orang yg melihat akan kemaksiatan didepan matanya tetapi tidak sedikitpun ada kebencian didalam hatinya akan kemungkaran itu.

SIAPAKAH ORANG YANG BAKHIL?

Orang yang bakhil adalah orang yg berat lidahnya untuk membaca selawat atas junjungan kita Rasulullah SAW.

SIAPAKAH ORANG YANG BUTA?

Orang yg buta adalah orang yg tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

SIAPAKAH ORANG YANG TULI?

Orang yg tuli adalah orang yg diberi nasehat dan pelajaran yg baik tetapi tidak didengarkannya.

SIAPAKAH ORANG YANG MISKIN?

Orang yg miskin adalah orang yang tidak pernah merasa puas dengan nikmat yg ada dan sentiasa menumpukan numpuk hartanya.

SIAPAKAH ORANG YG MUNDUR HIDUPNYA?

Orang yg mundur hidupnya adalah orang yg tidak mempedulikan akan halal dan haramnya suatu perkara.

SIAPAKAH ORANG YG RUGI?

Orang yg merugi adalah orang yang sudah sampai dipenghujung usia namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal amal kebajikan.

SIAPAKAH ORANG YANG TELAH DITIPU?

Orang yg telah ditipu adalah orang muda yg menyangka bahwa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

SIAPAKAH ORANG YANG CACAT?

Orang yg cacat adalah orang yg sedih apabila melihat sesetengah manusia yang cacat tetapi dia tidak pernah sedar dan sedih melihat kecacatan dirinya sendiri. (CACAT HATI, CACAT SOLAT, CACAT SYUKUR, CACAT SUJUD, CACAT MENGENAL TUHAN-NYA).

“Solat itulah tanda kita hamba yang sempurna, walau tidak pada pandangan manusia, tetapi pada pandangan Allah.”

Posted by ‎هدايت كادابن‎ on Friday, 31 August 2018

Wallahua’lam..

Suber: fb هدايت كادابن

Leave a Reply