Isteri Cedera & Lebam, Iman Wan Bimbang Berjauhan Dengan Keluarga

Berat mata memandang, berat lagi bahu mereka memikul! Begitulah ibu bapa yang memikul tanggungjawab selaku mendidik anak syurga yang mengalami masalah autisme.

Lebih sukar apabila reaksi agresif atau ‘meltdown’ anak ini kadangkala muncul tiba-tiba dan berlaku di tempat awam pasti mengundang rasa kurang selesa dan salah faham dalam khalayak umum.

Meltdown adalah kondisi di mana anak mengamuk kerana permasalahan deria. Ia akan berlaku jika terlalu banyak rangsangan deria yang masuk ke inderanya hingga dia bingung apa yang sebenarnya terjadi. Hal ini menimbulkan rasa sakit kepala dan perasaan yang sangat tidak selesa. Makanya si anak mengamuk sehingga boleh membawa kepada kecederaan diri sendiri dan orang lain.
Isteri Iman Wan Cedera
Berkongsi kisah membesarkan anak menderita masalah kecacatan perkembangan tegal fungsi otak atau autisme, kata Iman Wan, baru-baru ini anaknya Adam Wan mengalami ‘major meltdown’sehinggakan isterinya Norhaida Hassan atau lebih mesra dipanggil Ida ini telah mengalami kecederaan dan mendapat luka.

“Saya menerima mesej dan gambar-gambar ini dari Ida ketika saya menghadiri kelas di Bukit Mertajam. Sungguh mencabar bagi saya untuk memberi tumpuan dalam kelas walaupun isteri saya telah berulang kali meyakinkan saya bahawa dia dalam keadaan baik dan Adam sudah tenang”- katanya di Instagram.

Menurut Iman, hal ini telah menjadi kisah kehidupan yang diharungi selama bertahun-tahun dalam keluarganya. Hal-hal sebegini yang menjadi sebab dia sentiasa berusaha untuk membina perniagaan dari rumah yang boleh meluangkan masa yang banyak bersama Adam.

“Saya perlu bekerja dari rumah. Setiap kali saya keluar, saya bimbang tentang Ida dan anak-anak.” ujarnya

Iman menambah, sebenarnya Adam telah bertambah baik berbanding sebelum ini dia tidak stabil hampir setiap hari. Insiden hujung minggu yang lalu adalah yang pertama dalam masa sebulan.

Ternyata bekas komposer ini mengorbankan kehidupan mereka sekeluarga dan sentiasa berfikiran positif apabila diduga dengan ujian seperti ini. Sebagai masyarakat, kita tidak sepatutnya menghakimi mereka atau menunding jari terhadap ibu bapa anak istimewa ini kerana kita tidak berada di tempatnya.

 

Sumber: Hangat. com

Leave a Reply