JAMAL YUNOS AKHIRNYA REBAH, BELIAU DITANGKAP SEMASA SEDANG MELAKUKAN INI

KETUA UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos ditahan Polis Negara Republik Indonesia (POLRI), 6.15 petang, hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan, hari ini mengesahkan tangkapan terhadap Jamal dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah pun dihubungi bagi menyelaras urusan membawa pulang Ketua Kumpulan Baju Merah itu yang ditangkap ketika sedang mengunting rambut di sebuah premis.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pemerintah Republik Indonesia khususnya POLRI atas bantuan diberikan mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 25 Mei lalu, Jamal dilaporkan menghilangkan diri dari tahanan di Hospital Ampang Puteri sebelum urusan dokumentasi jaminan mahkamah terhadap dirinya selesai.

Beliau sebelum ini didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu.

Jamal bagaimanapun mendakwa berlaku salah faham berhubung proses ikat jaminnya yang dilakukan di hospital itu dan menyangka proses berkenaan sudah selesai sebelum beredar keluar untuk ke Tabung Haji bagi mengeluarkan wang.

 

Dua lelaki ditahan dipercayai pecah masuk rumah Jamal Yunos

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit dengan kes pecah masuk rumah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos (gambar) di Ampang dekat sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata lelaki berusia 29 dan 25 tahun itu ditahan dalam serbuan di Paroi, Negeri Sembilan dan di Ampang.

“Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira 2 pagi di Paroi pada Rabu manakala rakannya ditahan di Ampang pada 6.30 petang esoknya.

“Mereka bekerja sebagai pengawal peribadi,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu kini direman tujuh hari sehingga Khamis depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan bagi samun berkumpulan.

Pada Ahad lepas, kediaman Jamal di Ampang dipecah masuk dipercayai oleh empat lelaki dengan seorang daripada mereka menutup mukanya.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, satu beg pakaian besar, cermin mata pelbagai jenama, tiga telefon bimbit dan beberapa barangan lain dilarikan penjenayah itu.

SUMBER via tvbulan

Leave a Reply