“Kalau polis xtahan aku malam tu, mesti nyawa dah melayang..” – Pemandu Grab kongsi pengalaman angkut penjenayah di dalam kereta

Aku nak kongsi sikit kisah aku bawa Grab kena tahan dengan polis bersama dengan 3 orang warga asing yang membawa senjata.

Hari ini ada kawan aku ada buat rumah terbuka, jadi aku siap-siaplah berbaju kurung bagai sebab mahu ke rumah terbuka. Tetapi sebelum itu, aku bercadang mahu buat Grab sementara ada masa kan? Kemuduan aku pun keluar dari rumah, pergi isi minyak dan buka applikasi Grab.

Tempahan pertama masuk berdekatan dengan tempat aku itu. Aku ambil penumpang aku ini di Brem Mall ke Mutiara Apartment di Jalan Klang Lama. Masa aku sampai itu, aku tidak nampak langsung kelihat penumpang. Aku telefon tapi tak dijawab, tetapi lepas itu tiba-tiba muncul dan suruh aku tunggu dua orang kawan dia lagi. Seorang lelaki dan seorang perempuan, yang aku tunggu ini lelaki.

Selepas dorang naik aku pun bukalah Waze menuju ke destinasi yang akan memakan masa lebih kurang 26 minit. Tiba-tiba lagi 17 minit nak sampai destinasi, kereta aku ditahan polis. Polis yang tengah naik motor itu berikan isyarat untuk aku berhenti kereta di tepi jalan. Aku pun sudah mula cuak.

Aku cuak sebab takut aku kena tahan sebab bawa laju ke? Setahu aku, aku bawa biasa saja. Lepas aku berhentikan kereta, aku turunkan tingkap dan bercakap dengan polis itu. POlis itu tanya aku ini pemandu Grab ke? Aku pun iyakan soalan dia. Selepas itu dorang minta izin nak periksa penumpang aku.

Aku pun iyakan jelah, kemudian tunggu dalam kereta. Masa itu aku rasa biasa sajalah. Tapi tiba-tiba polis itu datang pada aku dan tanya destinasi penumpang aku. Aku pun beritahu yang mereka ini mahu ke Mutiara Apartmen dan teka apa? Polis tunjuk pada aku sebilah pisau. PISAU.

Aku nampak pisau itu terus berderau jantung aku laju. Polis itu sambung lagi beritahu yang penumpang ini ada percubaan untuk samun atau bunuh aku sebab tiada sebarang pengelanan diri atau pun duit, kecuali sebilah pisau yang dijumpai polis dalam selar salah seorang dari mereka. Korang rasa?

Aku memang sudah rasa mahu menangis masa itu kemudian tangan aku pun mengeletar. Sejuk kaki tangan aku semua. Lepas itu,  polis itu tanya aku lagi sama ada aku mengesyaki apa-apa dan harga tambang ke sana. Tahu tidak tempat itu apa. Aku yang dalam keadaan panik ini beritahu dalam suara yang terketar-ketar yang aku langsung tidak mengesyaki apa-apa. Sekadar ikut arahan Waze saja.

Kemudian polis suruh aku ikut mereka untuk pergi ke balai untuk buat laporan dan ambil kenyataan aku. Masa aku ikuti polis itu, dorang yang warga asing itu naik kereta peronda polis dan aku pula diiringi motosikal polis yang lain.

Tiba saja di balai, aku pun ceritakan semua perkara. Bagilah kerjasamakan. Semua polis macam tertumpu pada aku. Iyala, sudah lah aku ini perempuan, ditambah pula dengan kes pemandu Grab yang mati dibunuh itu lagi. Sambil itu dorang nasihatkan aku bagai.

Aku tengok muka 3 orang tadi aku rasa cuaak. Tau tak dorang bagi alasan pada polis itu yang pisau itu dorang guna nak potong sayur, ayam  bagai. Tetepi berdasarkan pada bentuk pisau itu, tak serupa macam pisau untuk memasak tau. Memang macam pisau untuk bunuh orang. Seram saja aku.

Lepas itu aku ingat sudah habislah kes itu di situ, tetapi rupa-rupanya belum lagi. Aku diarahkan ke Balai Polis Sentul pula sebab kawasan kejadian berada di Sentul. Kemudian aku kena tunggu Pegawai Penyiasat Jenayah Dalaman pula menyoal siasat aku.

Aku ada bertanya kenapa polis tiba-tiba nak tahan kereta aku. Dorang cakap nampak ramai dalam kereta itu dengan muka yang mencurigakan. Sorang sebenarnya sajalah nak periksa sebab memang tengah buat rondaan pun.

Korang tau, polis beritahu aku yang Jalan Klang Lama itu dengan dengna hutan dan pendalaman, jadi kau rasa? Macam mana kau tak cuak weh!

Aku bersyukur sangat aku selamat dari segala musibah yang akan menimpa aku ini. Syukur Allah lindung aku. Serius aku rasa kalau polis tidak tahan aku dengan berbaki lagi beberapa belas minit nak smapai destinasi, aku rasa aku mungkin tidak selamat.

Ini bukan mahu menunjuk ke apa. Tetapi aku cuma berfikiran positif saja terhadap ganjaran yang Allah agi. Sebelum keluar mahu buat Grab, aku sudah buat Dhuha, berdoalah supaya aku dimurahkan rezeki. Tetapi aku bersyukur sebab aku selamat dan diberikan nyawa yang panjang serta jauh diri dari musibah.

Lagi satu, baru aku nampak hikmahnya tinted kereta dibuka. Sebelum ini kereta kau memang tinted dan agak gelap. Jadi masa aku hantar Puspakom, pegawai Puspakom suruh aku buka tinted itu. Aku pun macam sedih sikit sebab aku pasang tinted itu RM350 rasanya.

Jadi ada sedikit perasaan kecewa dan sedih cuma aku pasrah sajalah. Sekarang aku dah nampak hikmat tinted itu tiada. Kalau tidak, mesti polis pun tak nampak siapa penumpang yang mencurigkan itu.

Disini aku ingin mengucapkan terima kasih sebab telah pun berusaha membenteras jenayah dan menyelamatkan aku.

Sumber : Cik Jamna

Leave a Reply