kami sangka kami tak boleh menang PRU 14, jadi kami beri janji yang kuat yang sukar untuk kami tunaikan” – Mahathir

Lebih 2 bulan berlalu pilihanraya yang ke 14 berlangsung di Malaysia dengan keputusan yang mengejutkan yang menjadi suatu rekod yang mana setelah lebih 60 tahun Malaysia diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional tanpa kalah akhirnya Barisan Nasional berjaya ditumbangkan oleh kerajaan baru iaitu Pakatan Harapan yang diketuai oleh bekas perdana menteri yang kini kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia yang tertua didunia iaitu Tun Mahathir Mohamad.

Sebelum kemenangan Pakatan Harapan, Party tersebut telah menaburkan pelbagai janji kepada rakyat Malaysia untuk meraih undi rakyat Malaysia dengan manifesto 100 hari Pakatan Harapan . Namun sehingga kini hanya sebahagian sahaja dari manifesto tersebut berjaya di tunaikan . Manakala sebahagian lagi manifesto telah diubah dan terpaksa ditangguhkan dan gagal dilaksanakan oleh pakatan harapan dalam tempoh 100 hari.

Tun Mahathir menerangkan situasi tersebut dalam ucapannya yang mengatakan bahawa pakatan harapan menaburkan janji janji yang kuat tersebut kerana mungkin tanpa janji tersebut , Pakatan Harapan tidak akan menang dalam PRU 14 baru baru ini . Petikan kata kata Mahathir tersebut tersebar dan menjadi senjata kepada Barisan Nasional untuk menentang Tun Mahathir dan Pakatan Harapan.

Meskipun begitu ramai netizen yang mengatakan bahawa mereka langsung tidak menghiraukan manifesto Pakatan Harapan . Namun apa yang mereka fokuskan adalah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang telah sekian lama menindas rakyat dan terlibat dengan politik wang, korupsi , kleptokrasi dan sebagainya.

Sumber:belalangbiru

Leave a Reply