Kecoh pasal satu individu yang hadir di dalam Dewan Parlimen Malaysia, dengan rambut Dreadlock dan muka berconteng putih. Ini Penejelasa Dpd Brader Street Dakwah Berkenaan Org Hindu Kaum Sadhu Ini..

Allahu – Khuruj di persisiran Ganga Jamna & bertemu Sadhus Hindu.

Image may contain: 1 person

Alhamdulillah, aku berkesempatan dan diberi peluang oleh Allah untuk melihat akan kebesaran dan kehebatan NYA dengan mata kepala sendiri juga melihat akan Kebatilan dan Ksyirikan yang dicipta oleh manusia dan mereka mengamalkan dengan penuh Mujahadah menggikut pegangan dan cara mereka mempercayainya.

Dari Nizamuddin Jemaah aku telah di hantar ke Allahabad iaitu sebuah negeri di India yang terkenal dengan persimpangan atau pertembungan 2 batang sungai yang di panggil Ganga Jamna yang mana sungai sungai tersebut bertemu dan menjadi sebatang sungai yang besar dan airnya mempunyai 2 warna iaitu Biru dan Hijau, dan yang hebatnya kedua dua warna air sungai tersebut tidaj bercampur tetapi tetap mengalir sebagai satu sungai dengan 2 warna yang berbeza sebelah menyebelahi..Masyallah…!!!

Tiba di Markas Allahabad, kebetulan dengan gerak Allah malam tersebut adalah malam Marjas jadi jemaah kami diputuskan Bayan dan Amirsab jemaah kami telah bayan dan antara kandungan bayan yang aku ingat ialah kisah Syurga dan mengalirnya sungai sungai susu dan madu di dalamnya, sebab tu Allah hantar kami ke persisiran sungai kot..?

Amirsab kami juga ada menceritakan tentang kesesatan umat yang mengikut hawa nafsu dan mengikut agama ciptaan sendiri dan yang ini pun aku rasa Allah nak uji dengan ujian yang diceritakan oleh Amirsab kami didalam Bayan nya..Waallahwaalam.

Di pendek kan cerita, dalam jemaah aku ni ada sorang “Ahli Zikir” yang hari hari zikirnya puluhan ribu, sekarang dia dah wakaf kan hidup dia untuk khidmat di Sri Petaling selama 10 hari sebulan…nama nya Saiful Crazy..zaman jahiliyah dia memeng dia betul betul gila punya Mafia.

Kesokan hari nya kami telah di hantar je satu kampung yang bernama Alangarn, sebuah perkampungan pertanian dan sebuah desa yang agak ketinggalan dari segi kemudahan asas dan ianya terletak di pingir sungai Ganga Jamna, kami di ingat kan oleh karkun tempatan supaya tidak merayau sesuka hati kerana disini ramai para para Wali, bila mendengar akan perkatan Wali maka kawan aku si Saiful Crazy terus bersemangat dan menyampuk “waaaah…bagus ni, boleh gi jumpa minta Doa bukan senang nak jumpa wali wali ni” (percakapan si Saiful Crazy diterjemahkan kepada karkun tempatan) bila mendengar saja apa yang diterjemahkan tiba tiba kami melihat muka karkun tempatan menjadi cemas dan mereka terus memotong “jangan…jangan jumpa mereka…mereka ini adalah para para Wali Hindu atau mereka dipanggil didalam bahasa Hindi sebagai “SADHU”
aku dan Saiful Crazy berpandangan satu sama lain dan menjadi semakin tidak faham….!!!

Image may contain: one or more people

Ok Bhai, siapa kah Sadhu ini atau juga di panggil Holy Man didalam Bahasa English..mari kita sama sama membaca sedikit penerangan mengenai Wali Hindu atau Sadhu…

Image may contain: 1 person, sitting and outdoor

SADHU
Dalam agama Hindu, Sadhu yang (bahasa Sanskrit: साधु Sadhu, “baik; lelaki yang baik, lelaki suci”) adalah orang yang zahid atau suci, Walaupun majoriti sādhus adalah Yogi, tidak semua Yogi adalah sādhus. Sadhu ini semata-mata khusus untuk mencapai mokṣa (pembebasan), tingkatan keempat dan terakhir (peringkat hidup), melalui meditasi dan renungan Brahman. Sādhus sering memakai pakaian berwarna kuning kunyit, melambangkan sanyāsa mereka iaitu kehidupan zuhud atau penolakan kehidupan keatas dunia.

Mereka yang menjadi Sadhus kebanyakannya telah meninggalkan kehidupan mewah dunia dan memencilkan diri dengan hidup dengan bahan semula jadi dan tinggal di dalam gua, hutan dan kuil-kuil serta di pingir pingir sungai.

Sadhus di India secara meluas dihormati kerana kesucian mereka, dan kadang-kadang orang ramai begitu takut dengan kutukan mereka.

Terdapat berbagai amalan dan cara hidu bagi Sadhu sadhu ini, ada di antara mereka yang hidup bertelanjang dipangil Digambara, menyimpan rambut tanpa memotong selama puluhan tahun dangan membentuk menjadikan rambut mereka Dreadlocks tebal dan dipanggil Jata. Sementara Sadhus Aghora pula boleh berkomunikasi dan tinggal bersama sama hantu, jin dan dewa dewi dan mereka selalunya tinggal di tanah perkuburan sebagai sebahagian daripada jalan suci mereka.

Image may contain: one or more people and outdoor

Satu ciri popular Sadhu ritualisme adalah penggunaannya Ganja ianya juga dikenali sebagai Charas, menggunakan Ganja atau menghisab Ganja adalah merupakan salah satu jalan kesucian kepada para para Sadhu untuk mencapai satu satu tingkatan amalan mereka dan bagi mempersembahkan kepada Dewa Siva yang mana Siva mempunyai pemujaan atau pertalian dengan daun dan tumbuhan. Pengambilan Ganja digunakan secara meluas semasa sambutan Shivaratri.

Image may contain: one or more people and beard

Kehidupan Sadhus di India berbeza antara satu sama lain, ada antara Sadhu sadhu yang tinggal di tinggal di Ashrams dan juga kuil-kuil di tengah-tengah bandar-bandar utama, ada yang tinggal di pondok pondok kecil di tepi kampung-kampung, ada di dalam gua-gua di kawasan pergunungan, ada juga yang bergerak tanpa henti dari satu bandar, ke satu bandar dan dari satu tempat suci ke satu tempat suci yang lain. Sesetengah Sadhu yang telah menjadi Guru mereka hidup dengan satu atau dua pengikut dan ada juga Sadhu yang bertapa serta hidup bersendirian.

Image may contain: 1 person, closeup

Dari segi amalan kerohanian ianya banyak melibatkan ritual meditasi yang berbeza beza dan penuh dengan kesusahan dan kepayahan contohnya berdiri di atas satu kaki selama bertahun-tahun atau berdiam diri untuk dua belas tahun atau dengan kata lain Sadhu menetapkan setiap diri masing masing dengan beberapa bentuk amalan agama: ibadah kebaktian, hatha yoga, puasa, dan lain-lain.

Image may contain: 1 person, beard

Sadhus atau Wali wali ini menduduki tempat yang unik dan penting dalam masyarakat Hindu, terutamanya di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil lebih terikat dengan tradisi.

Image may contain: 1 person, beard, shoes, hat and closeup

Image may contain: 1 person, beard and closeup

Wallahwaalam.

Bhai, begitu lah manusia betapa jahil nya, mengorbankan diri dengan penuh kepayahan untuk melahirkan amal untuk dipersembahkan kepada tuhan tuhan mereka TETAPI semua ini tidak di terima oleh Allah Azawajalla kerana ianya bukan cara Islam dan bukan cara Muhammadurasulullah bukan dengan kalimah La illa haillah…!!!

Bagi mereka yang belum keluar 4 bulan IPB, keluar lah cepat cepat Bhai, banyak yang Allah akan tunjuk dengan kita nanti mana yang haq dan mana yang batil sehingga kan tanpa kita mengetahui di dalam rumah kita pun penuh dengan kesyirikan dan kebatilan yang mana kita tak nampak…untuk nak nampak semua kebatilan ini maka semua kena keluar 4 bulan IPB insyallah…!!!!

Sumber: fb Ali zaik bin Ibrahim

Leave a Reply