Kejadiaan berlaku di Perak. Bunyi bising selepas jenazah dikebumikan. Selepas 21 hari dan dapat kebenaran polis, kubur digali semula dan semua penduduk terkedu insaf. Allahu tak sangka.

Pelik. Kejadian berlaku di Perak. Penduduk bingung ada sebuah kubur keluarkan bunyi bising selepas jenazah dikebumikan. Selepas 21 hari dan dapat kebenaran polis, kubur digali semula dan semua penduduk terkedu insaf. Allahu tak sangka.

BUNYI BISING SELEPAS JENAZAH DIKEBUMIKAN

Banyak perkara dan peristiwa pelik yang berlaku pada zaman dahulu di sekitar negeri Perak. Walaupun ia tiada nilai sejarah, namun kisah penceritaan sebegini wajar diperturunkan untuk mengenang kisah-kisah lalu agar generasi baru tahu apa yang berlaku di negeri Perak pada satu ketika dahulu.

Kisah yang diceritakan ini adalah kisah benar yang berlaku di Bota, Perak di penghujung tahun 1970. Ianya berkenaan dengan prasangka penduduk setempat selepas mengebumikan jenazah yang dikatakan ditanam hidup-hidup selepas berlaku perkara-perkara yang pelik.

Allahyarham SI POLAN adalah nama individu yang dikatakan masih hidup semasa dikebumikan selepas disangka meninggal dunia. Kubur arwah pernah digali semula oleh penduduk kampung untuk melihat sendiri apa yang telah berlaku.

Menurut adik kepada arwah yang bernama Encik R, kubur abangnya itu digali semula selepas 23 hari dikebumikan. Keadaan jenazah nampak masih elok walaupun sudah lebih 3 minggu dikebumikan dan jika dilihat dengan keadaan jenazah, ia seakan-akan baru dikebumikan selama dua hari.

Allahyarham SI POLAN meninggal dunia kerana pengsan selepas pulang dari menonton television di pekan Bota Kanan. Lantas, jenazahnya dikebumikan oleh penduduk kampung. Namun apa yang berlaku selepas jenazah dikebumikan amat mengejutkan.

ADIK BERTINDAK GALI SEMULA SELEPAS BERMIMPI

Gempar seluruh pekan Bota apabila ada dakwaan yang menyatakan bahawa seolah-olah ada bunyi ketukan dari dalam kubur Allahyarham SI POLAN dengan kuat dan tanpa henti. Inilah peristiwa pelik yang hangat diperkatakan di seluruh Bota pada waktu itu.

Tidak cukup dengan itu, adik arwah iaitu Encik R turut memberitahu bahawa ada bermimpi tentang abangnya yang masih hidup di dalam kubur dan diarahkan untuk menggali semula kubur tersebut untuk keluarkan abangnya itu.

Sewaktu bertemu dengan abangnya di dalam mimpi, abangnya berkata bahawa beliau sebenarnya tidak mati dan meminta adiknya itu untuk membawa makanan kerana beliau terlalu lapar di dalam kubur yang sempit dan gelap gelita.

Encik R beranggapan bahawa mimpi itu hanyalah mainan tidur namun apa yang mengejutkan adalah bukan beliau sahaja yang dapat mimpi tersebut. Boleh dikatakan jiran-jiran mereka pun menerima mimpi yang hampir sama dengan Encik R.

Oleh yang demikian, dengan rasa tidak puas hati mereka beramai-ramai ke balai polis Bota Kanan untuk memberi maklum dan memohon kebenaran untuk menggali semula kubur Allahyarham SI POLAN selepas 23 hari dikebumikan.

PENEMUAN MENGEJUTKAN

Akhirnya Encik R bersama-sama dengan penduduk kampung pergi ke kubur Allahyarham SI POLAN untuk teruskan operasi menggali semula kubur tersebut. Mereka mula menggali pada jam 8 malam selepas dapat kebenaran daripada balai polis Bota Kanan.

Selepas menggali, keadaan mayat Allahyarham SI POLAN nampak seakan-akan masih baru dan langsung tidak ada bau busuk dari liang kubur.

Selepas diteliti keadaan abangnya itu sememangnya sudah meninggal dunia, mereka pun mengambus kembali kubur tersebut dan tiada lagi bunyi ketukan yang kedengaran selepas itu.

Sumber : Malaysiakubaru via Berita Harian 17 Disember 1970

Semoga Kita Mengambil Iktibar Kejadian Seperti Ini. Jangan Lupa SHARE artikel menarik ni. Terima kasih.

Leave a Reply