Kejadian Berlaku Di Sarikei, Wanita Disahkan Meningg4l Dunia Akibat Gagal Mengelak Lori Keluar Simpang. Mohon Semua Penunggang Utk Berhati2 Di Jalan Raya Dan Jgn Terlalu Laju.

Gagal elak lori keluar simpang, seorang penunggang motosikal maut

SARIKEI: Akibat merempuh belakang sebuah lori menyebabkan seorang wanita yang juga merupakan pembuat roti, maut di lokasi kejadian dalam satu kemalangan yang berlaku di Kilometer 2, Jalan Repok dekat sini, awal pagi tadi.

Image may contain: one or more people

Image may contain: one or more people and outdoor

Ketua Polis Daerah Sarikei Superintenden Awang Alfian Awang berkata, mangsa Lau Siew Pan, 40, disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Sarikei yang turut berada di lokasi kejadian.

“Kejadian ini dipercayai berlaku sekitar jam 8.26 pagi, ketika mangsa sedang dalam perjalanan menuju ke pusat bandar.

“Siasatan awal mendapati, ketika kejadian lori terbabit keluar dari simpang setelah selesai mengisi minyak di sebuah stesen minyak berhampiran.

“Mangsa yang sedang bergerak lurus dipercayai tidak sempat mengelak dan memberhentikan motosikalnya sebelum merempuh bahagian belakang sebelah kanan lori terbabit,” katanya.

Sementara itu, katanya, pemandu lori yang berusia 42 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sarikei untuk proses selanjutnya dan kes terbabit telah disiasat di bawah Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

sumber utusan borneo

Leave a Reply