Kerja Penat2, Tp Tengahri Makan Nasi Dengan Bawang Jer. Duit Simpan Siap2 Nk Kirim Ke Family Dan Agent. Tapi Hari Tu, Nasib Malang, Duit Salim & Babloo Kena Rompak Dan Dipukul Sampai Muka Bengkak. Luluh HatiKu Dengar Kisah Mereka. Allahuakbar.

Lepas tengok movie #onetwojaga teringat pulak time intern dulu kerja dengan contractor sebagai Quantity Survey (Juruukur Bahan), so selalu lah ke tapak binaan. Pantau progress, pekerja dan work rate bagi pihak company. Ada lah dua org warga Bangladesh yg aku slalu communicate.

Nama dorang salim n babloo, dorang punya lah rajin dan patuh walaupun aku time tu baru sgt masuk kerja. Salim ni suara sedap, nyanyi lagu hindustan je waktu buat kerja. Watak dia lah aku cuti waktu buat drama JBC dulu. Si Babloo murah dgn senyuman, dia slalu usik “you boss ma”.

Kerja dorang memang berat, aku sendiri pernah turun dua hari untuk ikat bata , niat nak belajar. Punya letih even stamina aku yg selalunya tidak menghampakan atas padang , kalah teruk di tapak binaan. Dorang dok gelak kan je bila tgk aku benti rehat setiap 30min.

Tapi bila tiba waktu rehat, aku tersentak tgk dorang makan nasi kosong dengan bawang, aku tanya kenapa x makan ayam ke ikan ke. Sambil senyum dorang jawab, “duit gaji separuh kasi family , separuh kasi agen simpan nak balik nanti, so kena jimat”

Dua dua ada family, 5 tahun tak balik membanting tulang cari rezeki. Hujung bulan tu gaji dorang akan dibayar lebih dari biasa sbb dorang slalu overtime, project pun dah nak siap. Pagi tu dorang punya happy sbb mlm tu ‘kepala’ dorang akan dtg bagi gaji.

Esk pagi aku pergi ke site mcm biasa, aku tgk pagi tu mcm suram, dua tiga org je yg kerja, aku cari babloo dgn salim xde. Rupanya dorang dalam site office dengan ‘kepala’ dorang. Menangis teresak esak.

“Aku dah ckp jgn keluar dari site , korang keluar kenapa?!” , aku tanya “bang nape ni?” . ‘Kepala’ dorang jawab “dorang keluar mlm semalam lepas dpt gaji pergi beli rokok kat flat sana tu, lepastu kene pau, x cukup semua duit kne amik , kene pukul lagi.”

Kesian nya lah aku tgk dorang sbb aku sendiri jadi saksi betapa kuat dorang kerja. Dorang kene pukul, pau dgn budak2 yg lepak kat taman otw nak ke bli rokok. Muka bengkak2, semua duit gaji habis xde langsung.

Haritu dorang duk temenung pk mcm mana nak hanta duit balik kampung, mcm mana nk bagi agen dorang untuk kumpul nak balik nanti. Hari tu aku keluar kan duit poket aku belanja dorang makan.

Minggu tu jgk aku upah dorang buat bangku dari baki bahan binaan yg tak terguna. Saje nak bagi dorang sikit duit yg aku harap membantu, tp takat mana je aku mampu tlg, aku pun baru kerja.

Aku tak tau kenapa ‘kepala’ yg jaga tu tamau lapor polis, mungkin ada hal yg dia cuba sorok. Tade apa yg aku boleh buat sbb itu semua luar kawalan aku.

Tak lama lepas tu aku di transfer project dekat Putrajaya, so aku x jmpe dah Salim n Babloo. Beberapa bulan lepas tu aku dgr duit yg dorang simpan untuk balik di songlap. So dorang kene start balik kumpul.

Luluh dgr kisah dorang dari rakan sekerja, sbb aku tau dorang mmg jujur nak cari rezeki untuk keluarga, bertimpa2 ujian dorang kene. Project dorang buat adalah construction Masjid. Harapnya Pahala in sya Allah terkumpul utk dorg setiap kali org gunakan masjid tu.

To conclude, jgn kita tidakkan hak org, tak kira siapa pun dia, atau tinggi mana pun pangkat kita. Tuhan maha adil, hidup pusing2 mcm roda. Hari ni hari babloo dan salim, esk mungkin hari kita.

Semoga kita dijauhkan dari dianaya , dan tidak skali menganaya yg lain.

Sumber: luqmanhafiz via beritadinding.blog

Leave a Reply