Ketika Nurul Izzah Selesai Dengan Hujahnya, Ahmad Maslan Tiba-tiba Keluarkan Satu Kenyataan Yg Mengejutkan Parlimen. Ini Katanya.

Ahmad yang membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018, menyentuh isu elaun bantuan untuk golongan petani sebelum memberi laluan Nurul Izzah untuk mencelah.

Nurul Izzah antara lain mencadangkan supaya kerajaan mengembalikan Lembaga Padi Beras Nasional (LPN) untuk menyelesaikan masalah pesawah di negara ini yang bukan hanya membawa keuntungan tetapi juga membela nasib petani.

Ahmad kemudian meminta pandangan Nurul Izzah itu dimasukkan sebagai sebahagian daripada perbahasannya lalu berkata:

“Saya harap ayah Yang Berhormat Permatang Pauh akan menjadi Perdana Menteri tidak lama lagi supaya perkara itu (berkaitan bantuan dan elaun kepada petani) dapat disegerakan.”

Itu kenyataan Datuk Ahmad Maslan (BN-UMNO Pontian) ketika menjawab celahan Nurul Izzah (PH-PKR Permatang Pauh) pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat . SUMBER : BHARIAN ONLINE

Video Penuh

Artikel Lain ..

Konspirasi Menjatuhkan Anwar Ibrahim Dari Menjadi Perdana Menteri. Ini Jawapan Tun Mahathir Kepada Semua

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan dakwaan kononnya beliau mempunyai kerjasama dengan Tun Daim Zainuddin bagi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri.

Menurut Dr. Mahathir, individu yang membuat dakwaan berkenaan perlu mengemukakan bukti kerana beliau tidak pernah pun memperkatakan perkara berkenaan.

“Dakwaan itu sangat ‘baik’, saya berpendapat orang (yang membuat dakwaan berkenaan) perlu menunjukkan bukti.

“Saya tidak pernah bercakap dengan sesiapa mengenai perkara ini. Saya menjauhkan diri. Saya tiada urusan untuk campur tangan dengan hal dalaman parti lain,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai dakwaan berkenaan dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani mendakwa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berpakat dengan Daim yang merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan bagi menghalang Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Dr. Mahathir. SUMBER : UTUSAN ONLINE

Kredit: BuletinNetizen/ee

Leave a Reply