KISAH MENYENTUH HATI !!! JANGAN PERNAH TABUR BUNGA DI ATAS MAKAM AYAHMU NAK…BERIKUT INI CERITANYA DAN SEBABNYA..!

ANAKKU, sebelum jenazah ayahmu dikebumikan izinkan ibu menyampaikan wasiat beliau, ujar seorang perempuan sambil memegang jasad suaminya yang telah terbalut kafan. Wasiat apakah itu, Bu. Jika memang boleh ditunda, baiknya menunggu sesudah jenazah ayah dikebumikan saja.

Tidak boleh. Wasiat ini mesti disampaikan sekarang. Almarhum bapa berwasiat agar jangan ada yang menaburkan bunga di atas kuburnya.

Sang anak terkejut. Bukankah menaburkan bunga di atas makam merupakan aktiviti yang lazim dilakukan? Maaf, Ibu. Benarkah almarhum ayah berwasiat demikian?

Bukankah dalam sebuah Hadis Riwayat Muslim diriwayatkan, Nabi Muhammad SAW bersabda, ‘Saya melewati dua buah kubur yang penghuninya tengah diadzab. Saya berharap adzab keduanya dapat diringankan dengan syafa’atku selama kedua belahan pelepah tersebut masih basah ‘.

Jika demikian, pemberian benda termasuk bunga selama keadaan masih basah bertujuan untuk meringankan azab seseorang yang telah meninggal dunia? “Ujar sang anak menyanggah pendapat ibunya.

Dalam Qur’an Surah Al-Isra: 44, Allah berfirman, ‘Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada-Nya. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka.

Sesungguhnya Dia lagi Maha Pengampun. ‘Sehingga, tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pelepah kurma atau bunga akan berhenti bertasbih jika dalam keadaan kering. “”Jika demikian, mengapa Nabi Muhammad melakukan perkara tersebut?””Anakku, perbuatan Nabi SAW tersebut bersifat kasuistik (waqi’ah al-‘ain) dan termasuk kekhususan beliau sehingga tidak boleh dianalogikan atau ditiru.

Hal ini kerana beliau tidak melakukan hal yang sama pada kubur-kubur yang lain. Begitu pula para sahabat tidak pernah melakukannya.

Sehingga keringanan azab kubur yang dialami kedua penghuni kubur tersebut adalah disebabkan doa dan syafaat Nabi SAW kepada mereka,bukan pelepah kurma tersebut.

Keadaan hening. Sang anak mula mencerna, apakah perkataan ibunya memang benar. Lalu jika benar, mengapa tabur bunga begitu banyak dilakukan? Tiba-tiba, Ibunya kembali menyambung perbualannya.

Anakku, ketahuilah ada seorang ulama hadis Mesir, Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah mengatakan, ‘Perbuatan ini (tabur bunga) digalakkan oleh kebanyakan orang, padahal hal tersebut tidak mempunyai sandaran dalam agama. Hal ini dilatarbelakangi oleh sikap berlebih-lebihan dan sikap mengekor kaum Nasrani. ”

Ibunya kembali berkata, Apa yang terjadi, khususnya di negeri Mesir merupakan contoh dari hal ini. Orang Mesir pun melakukan tradisi tebar bunga di atas pusara atau saling menghadiahkan bunga sesama mereka. Orang-orang meletakkan bunga di atas pusara kerabat atau rakan sekerja mereka sebagai bentuk penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia, ‘(Ta’liq Ahmad Syakir terhadap Sunan At Tirmidzi 1/103, dinukil dari Ahkaamul Janaaizhal. 254). Dari itulah, mengapa almarhum ayahmu berkeras agar makamnya tidak ditaburi bunga. ”

Baiklah, Bu. Jika memang demikian baiknya wasiat ayah dilaksanakan. Semoga saja, apa yang menjadi wasiat ayah bernilai kebaikan. Aamiin. “”Satu perkara lagi yang perlu dirimu tahu, bahawa Nabi Muhammad SAW tentu diberi mukjizat oleh Allah atas kemampuannya melihat azab kubur. Sehingga secara khusus melakukan demikian. Sedangkan apabila kita yang melakukan dikhuatiri mengandungi sindiran dan celaan kepada penghuni kubur.

Ibunya menegaskan, Jika menabur bunga dijadikan alasan untuk meringankan azab, hal tersebut merupakan salah satu bentuk berburuk sangka (su’uzhan) kepada penghuni kubur, kerana menganggapnya sebagai pelaku m @ ks! At yang tengah diazab oleh Allah di dalam kuburnya sebagai balasan atas perbuatannya di dunia. Padahal, kita tidak mengetahui apakah penghuni kubur tersebut diazab atau tidak. Pengetahuan kita terhadap alam ghaib tidak boleh disejajarkan dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Sekian Terima Kasih..Share Jika Bermafaat Untuk Anda Semua.

Sumber:  nasihatustaz

Leave a Reply