Kronologi Kebakaran Bangunan KWSP Jalan Gasing Yg Berlaku Jam 11 Pg Tadi…

KUALA LUMPUR: Satu kebakaran dilaporkan berlaku di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Jalan Gasing, Petaling Jaya  sekitar jam 11 pagi tadi.

Berikut ialah kronologi insiden kebakaran:

11.53 pagi : Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan berhubung kebakaran di bangunan enam tingkat itu.

11.58 pagi: Sekurang-kurangnya, 70 anggota bomba dan penyelamat dari beberapa buah balai bomba di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian untuk proses pemadaman api.

12.20 tengah hari: Punca dan impak masih belum dikenal pasti. Buat masa ini, pengguna jalan raya sedang berkongsi foto serta video kejadian di media sosial.

 

1 petang: Laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) – Setakat ini, 40 peratus bangunan terjejas dalam kebakaran setinggi enam tingkat. JBPM masih tidak dapat mengenal pasti jika ada kemalangan jiwa atau tidak.

1.30 petang: Dalam mengesahkan kebakaran tersebut, kenyataan media dari Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP berkata cawangan dan pejabat Petaling Jaya itu telah ditutup buat sementara waktu.

“Pasukan Pengurusan Krisis Cawangan sedang bekerja dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang akan memastikan kebakaran tidak merebak ke tingkat lain atau kawasan sekitar. Memandangkan keselamatan pelanggan dan kakitangan adalah keutamaan kami, pengungsian bangunan telah dilakukan dan pejabat dan perkhidmatan kaunter ditutup.

“Kami ingin memberi jaminan kepada ahli bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas. Kami akan sentiasa memantau situasi dan akan memaklumkan sebarang perkembangan setelah operasi cawangan dibuka semula,” kata kenyataan itu.

Kenyataan media KWSP
Kenyataan media KWSP

 

GALERI FOTO: Foto di sebalik insiden kebakaran KWSP

1:50 petang: Sidang media Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP, Datuk Mohd Naim Daruwish di lokasi memberitahu tiada kemalangan jiwa berlaku dan semua pekerja di bangunan itu, kira-kira 600 orang, terselamat. Pelanggan-pelanggan KWSP yang pada masa insiden berada di kaunter juga berjaya dikeluarkan.

“Data pencarum juga selamat kerana kita ada backup data,” katanya. “Kita akan ambil tindakan untuk recovery process secepat mungkin. Our business continuity plan will be in place.

Beliau berkata pelanggan KWSP buat masa ini boleh ke cawangan KWSP yang lain untuk berurusniaga.

2 petang: Sidang media Timbalan Ketua Pengarah JBPM Selangor, Datuk Soiman Jahid mengesahkan, tiada kebakaran berlaku dalam bangunan, hanya cladding atau lapisan pelindung di luar bangunan yang terbakar.

“Punca kebakaran adalah percikan api akibat kerja penyelenggaraan serta cuaca panas dan angin kuat. Cladding yang digunakan juga adalah bahan mudah terbakar seperti yang digunakan di Grenfell Tower di London. Bahan cladding ialah polyethylene (polyfoam), bahan yang mudah terbakar. Ia tidak sepatutnya digunakan di mana-mana bangunan, terutamanya di bangunan agensi kerajaan,” tegasnya.

“Bangunan ni tak terbakar, yang terbakar hanya cladding sahaja!”

Soiman berkata pihak bomba mengambil masa 30 minit untuk memadamkan api.

Imej yang dikongsi pembaca Astro AWANI, Grace Yeo.
Imej yang dikongsi pembaca Astro AWANI, Grace Yeo.

 

View image on TwitterView image on Twitter

Luqman Hariz AWANI@luqmanhriz

Bangunan KWSP di Jalan Gasing terbakar. Punca dan impak masih belum diketahui. Maklumat awal dari wakil KWSP mengatakan api kini sudah terkawal. Ikuti laporan terkini di @501Awani dan http://www.astrowani.com 

12:14 PM – Feb 13, 2018

148

405 people are talking about this

 

Zainal Abidin@archer1811

KWSP PJ on FIRE 🔥today. Di mana sistem keselamatan kebakaran? Tak berfungsi ke? Inila yg patut kita perkemaskan sistem kecemasan kebakaran. @KWSPBuzz@SinarOnline@bharianmy@501Awani@hmetromy

Sumber:astroawani

Leave a Reply