Lelaki Berhati Mulia Kongsi Kisah Mengapa Dia Jual Keretanya Dengan Harga 10 Sen

Siapa yang tak kenal dengan Kuan Chee Heng? Aktivis sosial terkenal dengan membantu golongan memerlukan dan turut mewujudkan ‘Pasar 10 sen’ yang menjual barangan atau peralatan keperluan harian bagi mereka yang tidak berkemampuan.

Sumber:Citebest

Namun salah satu daripada usaha Kuan tular selepas dia menghubungkan seorang insan yang berhati mulia dengan sebuah keluarga yang susah pada Oktober tahun lepas.

J Senthil Kumar, seorang pengalisis saham yang ingin menjual Proton Iswara miliknya selepas membeli sebuah kenderaan baru. Namun niatnya itu terbantut apabila dia mendapat tahu bahawa keretanya itu hanya mampu dijual pada harga RM2,000 sahaja.

Kumar kemudian membuat keputusan untuk tidak menjual kereta tersebut selepas penjual kereta yang dijumpainya meletakkan harga sebegitu.

Sebenarnya saya juga masih teragak-agak untuk menjualnya kerana kereta yang berusia 14 tahun ini banyak berjasa kepada saya termasuklah pada zaman kolej dulu.”

Oleh sebab itulah saya terfikir untuk mendermakannya kepada mereka yang lebih memerlukan dari saya.”

Disebabkan hasrat murninya itu, seorang sahabat telah mencadangkan Kumar untuk memberikan kenderaan tersebut kepada Kuan yang mungkin dapat membantunya mencari mereka yang benar-benar memerlukan sebuah kereta. Kumar kemudian diperkenalkan oleh Kuan dengan seorang ibu tunggal yang akhirnya menjadi pemilik bertuah kepada kenderaan tersebut.

Rohaya Md Isa telah kehilangan suaminya tujuh tahun lalu dan sedang bertarung dengan penyakit kanser. Dia mempunyai lima orang anak dan tinggal di sebuah flat kos rendah.

Leave a Reply