Lelaki ini menghasilkan bunyi yang merdu sehingga membuatkan ramai orang terpesona dengannya tetapi ada sesuatu yang pelik mengenai persembahan itu

Seruling merupakan alat muzik tertua yang ditemui sekitar 35,000 hingga 43,000 tahun lalu di Jerman. Kewujudan seruling membuktikan tradisi muzik sudah pun berleluasa di Eropah sejak sekian lama. Diperbuat daripada pelbagai bahan seperti buluh, kayu dan juga logam, seruling mampu menghasilkan bunyi yang kasar, melengking atau seperti siulan.

Bunyi seruling dihasilkan oleh getaran yang terperangkap di dalam batang seruling dan merentasi lubang. Biasanya seruling mempunyai enam lubang dan penghasilan bunyi itu berbeza bergantung kepada isipadu udara yang terdapat di dalam batang seruling.

Menurut beberapa pendapat, seruling perlulah dimainkan dengan betul supaya dapat mengeluarkan bunyi yang baik. Seperti lelaki dalam video ini, dia telah memainkan seruling dengan baik sekali. Namun apa yang menghairankan ialah seruling yang digunakan itu bukanlah seruling bersaiz biasa yang terdapat di pasaran!

Seruling yang digunakan oleh lelaki itu adalah bersaiz 200 sentimeter dan mungkin ia adalah seruling yang terpanjang dan besar setakat ini. Lelaki itu bukan sahaja tenang dan bersahaja meniup seruling itu malah berjaya menghasilkan muzik yang merdu sekali sehingga membuatkan ramai orang berhenti dan melihat persembahannya.

Nampaknya lelaki ini telah menguasi teknik bermain seruling dengan begitu baik tambahan pula mungkin buluh yang digunakan untuk membuat seruling itu adalah buluh yang berkualiti tinggi.

Era Baru

Leave a Reply