Lelaki Ini Minta1 Juta Like Di FB Supaya Dapat Namakan Anaknya “Goku”Lihat Video Kemenangannya Apabila Mendapat 1.1Juta Like…

SEORANG lelaki meminta rakan-rakan dan orang ramai menekan button “like” dan berkongsi sebuah gambar yang dikirimkan menerusi akaun Facebook dengan harapan dapat mencecah 1 juta like.

Carloz Sanchez dari Arizona merayu begitu banyak “like” difahamkan supaya isterinya membenarkan dia menamakan anak mereka dengan nama “Goku” watak utama dalam komik Dragon Ball.

Dalam gambar yang dikirim itu, Sanchez dilihat memegang sekeping plakad bertulis “My wife said, if I get 1 million like I can name our son Goku,” (isteri saya kata, kalau saya dapati 1 juta like, saya boleh namakan anak lelaki kami Goku).

Isteri Sanchez barangkali sengaja menyuruhnya untuk melakukan perkara yang difikirkan mustahil untuk dicapai kerana tidak bersetuju untuk menamakan anak mereka dengan nama daripada watak komik.

Apa yang menarik, foto kiriman Sanchez itu menjadi viral di Facebook seterusnya berjaya mendapat 1 juta like dalam masa tak sampai 24 jam.

Setakat laporan ini ditulis, kiriman bertarikh 25 Januari 2018 itu telah menerima sebanyak 1.1 juta likes, 64,000 komen dan 130,000 perkongsian.

Saksikan Video kemenangan Carloz Sanchez :
Video Player

Sumber : Milo Suam

Seram! Tengok Dengan Tajam.. Dengan Siapa Pemain Ini Meraikan Jaringan..!

Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
Saat paling gembira bagi pemain bola sepak ialah detik-detik masuk gol. Semua pasukan yang masuk gol tu akan jadi sangat gembira kerana berjaya dapat point. Mereka akan lari dan lompat dengan teruja dan berpeluk-peluk dengan teman-teman mereka.

Tapi yang pelik dalam video nie, siapakah yang pemain ni meraikan jaringan? Cuba lihat betul-betul pada saat 0:13, boleh lihat ada 3 orang, tapi lepas tu tiba-tiba jadi dua orang pulak. Yang dia peluk tu siapa tu? Buka mata anda, adakah pemain bola sepak tu sedang peluk hantu?

Kalau tidak lihat dengan teliti memang tidak perasan. Adakah hantu memang wujud dalam dunia kita? Kalau tidak, adakah tu ialah orang yang datang dari dunia empat dimensi atau datang dari black hole? Memang ada banyak pendapat dan pandangan dari banyak orang. Tapi tidak ada satu jawapan yang dapat menjelaskan keadaan cam ni, pihak sains pun tidak dapat beri bukti yang kukuk yang menunjukkan ada hantu atau ada dunia empat dimensi.

Kalau hantu betul-betul wujud, ia bukan saja muncul hanya pada waktu malam saja seperti yang biasanya tunjukkan dalam filem. Kadang-kadang muncul pada siang hari, atau kat tempat yang ada banyak orang seperti dalam video ni. Jom tengok dengan tajam. Dapatkah anda lihat?
Sila tonton video:

Sumber:dharian

Leave a Reply