Lepas Jumaat Singgah Shell, Lihat Pelajar Tahfiz Beli 1 Air Kotak Share Dgn Yg Lain.Bila Ditanya, Rupa2nya Mereka Tiada Duit dan Belum Makan. Jatuh Airmataku Melihat Mereka. Aku Terus Suruh Pelajar2 Ambik Makanan & Minuman. Moga2 Allah Ampunkan Kita Semua.

Aku menangis hari ini

Dalam perjalanan pulang ke pejabat lepas Jumaat, aku singgah di Shell Kepong hala Manjalara untuk membeli air. Masuk sahaja aku nampak sekumpulan anak anak lengkap berjubah dalam keadaan kuyup. Dalam ramai ramai mereka, seorang minum air kotak dan di pas kepada 4 kawan lain untuk merasa.

Image may contain: 1 person, standing

“Dari mana ni?” tanya aku pada seorang yang kelihatan lebih tua antara semua”

“Dari Tahfiz Darus Syabab pakcik, balik solat hujan singgah teduh”

“Dah makan? Balik ke sekolah naik apa?”

“Belum lagi. Kami jalan kaki saja pakcik”

Allahu. Melihat mereka minum satu air kotak berkongsi 4 orang sesedut aku sebak.

Image may contain: 6 people, people smiling, people sitting and indoor

Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor

“Ambillah apa apa nak makan dalam ni. Aiskrim, keropok, roti… ambil lah. Saya belanja.”

Seorang dari mereka meluru dan salam aku sambil cakap terima kasih, kemudian dengan anak anak yang lain. Wajah sugul bertukar gembira. Aku tahu mereka lapar dengan hujan, kuyup dan akan berjalan kaki pulang. Aku tak boleh tengok, minta kaunter kirakan apa yang mereka ambil dan tinggalkan kad debit. Aku menangis. Mereka anak anak tahfiz serba kekurangan.

Image may contain: text

RM138 yang tiada apa bagi aku tetapi RM138 itu amat membahagiakan mereka

Alhamdulillah, terima kasih Allah memberi aku peluang sebegini

Sumber: fb Mohd Khairul

Leave a Reply