Majikan Yang Menyebabkan Pekerja Stress Akan Dikenakan Tindakan Oleh Kementerian Sumber Manusia

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, kementerian tersebut akan berkeras dengan majikan yang menyebabkan tekanan kepada pekerjanya.

Selain itu, pihak mereka akan menjalankan siasatan dan akan mengambil tindakan undang-undang terharap majikan yang tidak menghargai pengorbanan seorang pekerja.

Beliau turut menambah isu yang membabitkan keselamatan dan kesihatan pekerja perlulah dilaporkan kepada kementerian, terutamanya jika ianya sehingga melibatkan penamatan perkhidmatan seorang pekerja.

Persoalan itu dijawab oleh beliau ketika dikemukakan soalan oleh Abdullah Sani Abdullah Hamid (PKR-Kuala Langat) tentang langkah yang akan diambil kementerian terhadap majikan yang tidak berterima kasih terhadap pengorbanan seorang pekerja.

“Apakah tindakan drastik kementerian untuk mengawal majikan yang mendera pekerja hingga mencetuskan tekanan yang menyebabkan masalah mental?” soal Abdullah Sani.

Kami di sini merasakan bahawa ianya satu langkah yang betul memandangkan kes di mana majikan menyalahgunakan kuasa mereka dan memaksa pekerja untuk melakukan tugas lebih dari sepatutnya dan di luar bidang.

Hal ini memberi impak negatif terhadap pekerja terutamanya dari segi kesihatan mental, fizikal dan juga kestabilan kehidupan; di mana ianya boleh menyebabkan stres dan tekanan jangka masa panjang terhadap seorang pekerja.

Tahniah kementerian kerana menegakkan hak seorang pekerja dan membela nasib mereka yang tertindas. Jika berlaku perkara seperti ini, kami menyarankan anda untuk lakukan laporan dengan segera.

Sehubungan,
Pengetahuan Pekerja

Masih ramai lagi pekerja tidak berapa faham mengenai hak-hak pekerja. Jika korang ditindas di tempat kerja pun korang redha. Korang kena tahu kita sebagai pekerja mempunyai akta sendiri  yang telah digubal oleh kerajaan. Ini untuk menjaga kepentingan dan melindungi kita semua dari ancaman majikan korang. Ada sesetengah tempat kerja ni hanya menjaga kepentingan syarikat mereka sendiri tapi kebajikan pekerja diabaikan.

Akta itu dikenali sebagai dibawah Akta Pekerja 1955 ( Employment Act 1955 ). Akta ini merangkumi banyak sektor dan bahagian. Memang banyak kalau kita nak tahu ini sesetengah yang korang kena tahu lah. Majikan bukan ada 100 peratus hak ke atas korang bila time kerja. Kalau korang  tiada masalah pun di tempat kerja jom kita baca artikel ini untuk tambah pengetahuan am korang. Antara Akta-akta tersebut adalah:

1) Golongan apakah yang dilindungi di bawah Akta Pekerja 1955.

Tak kisah lah korang kerja apa, full time, part time, mahupun pekerja kontrak sekalipun. Gaji kecil atau besar. Undang-undang korang adalah sama dan masih dibawah Akta Pekerja. Dan setiap satu akta berkaitan dengan akta lain. Jadi contohnya korang ni hanya pekerja kontrak. Jangan risau kerana korang juga mempunyi hak untuk dilindungi. Contoh situasi kalau korang nak buat aduan mengenai majikan korang tu. Mestilah kena ada bukti yang kukuh dan bukan mudah proses ini.

2) Hak-hak yang terkandung di bawah Akta pekerja.

Banyak jenis hak yang ada, contoh yang dapat kami senaraikan ialah,maksima waktu kerja sehari, jumlah cuti, korang punya gaji, potongan gaji, cuti bersalin, dan banyak kali. Dan setiap satu hak ni masih banyak lagi huraiannya. Contohnya Cuti bersalin, tempoh waktu cuti sebelum bersalin dan selepas bersalin, pengesahan korang bersalin selepas melahirkan anak. Pengesahan ini boleh dibuat oleh ahli keluarga ke atas majikan korang tempat bekerja itu. Dalam tempoh bersalin jugak korang tidak dibenarkan untuk kerja berat-berat lah. Tapi jangan malas pulak!

3) Maksud “Waktu Kerja Sehari”.

Biasa nya kenyataan ini terdapat dalam kontrak yang telah korang tandatangan sebelum masuk kerja yang dipersetujui antara korang dengan majikan. Jadi nasihat disini baca betul-betul sebelum korang tandatangan apa-apa kontrak tu. Seperti semua orang tahu waktu bekerja biasa ialah 8 jam sehari tidak termasuk rehat iaitu 1 jam. Dan rehat itu wajib! diperuntukkan untuk setiap pekerja. Kesimpulanya tempoh maksima dalam seminggu adalah kurang dari 48 jam. Tapi ini di atas persetujuan bersama antara majikan dan pekerja.

4) Kerja lebih masa.

Maksud kat sini ialah waktu kerja melebihi dari yang ditetapkan dalam satu hari (OVER TIME). Dibawah Akta ini jugak ada akta lain-lain yakni  kadar bayaran kerja lebih masa dan tempoh had kerja lebih masa dalam sebulan ialah tidak boleh lebih 104 jam dalam sebulan. Cara bayar lebih masa pula adalah 1 1/2 sejam dari gaji korang sehari (1 jam) pada hari biasa, hari rehat dan cuti am.

5) Tempoh waktu gaji.

Ini penting juga kerana ini mengenai gaji korang. Jadi tempoh yang telah ditetapkan oleh undang-undang ialah sebulan untuk tempoh gaji. Kalau dalam kontrak tiada menyatakan tempoh gaji. Ia akan tetap 1 bulan seperti yang telah ditetapkan. Tempoh pembayaran pula tidak boleh lewat selepas 7 hari dari tempoh gaji sebulan. Jika majikan korang nak bayar lewat dari 7 hari tu. Dia kena mempunyai bukti kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia.

6) Pekerjaan yang dilarang untuk wanita.

Kerja bawah tanah ialah antara contoh pekerjaan dibenarkan untuk wanita. Macam tak logik juga lah kan perempuan pekerja di bawah tanah. Contoh sebagai cari gali, pembinaan atau sebagainya. Nampak remeh tapi benda ni wajib tahu. Selain itu waktu bekerja dari 10 malam hingga 5 pagi di atas sektor perusahaan dan pertanian. Melainkan mendapat pengecualian daripada Ketua Pengarah Buruh.

 

 

7) Majikan langgar kontrak.

Okey kalau gaji korang lambat terima yakni lebih tempoh 7 hari selepas tamat waktu sebulan. Majikan korang telah dianggap langgar kontrak. Jadi korang ada hak untuk membuat tuntutan dan aduan. Ada pemotongan gaji yang tidak sepatutnya, tidak dibayar untuk lebih masa dan sebagainya.

8) Pekerja melanggar kontrak.

Untuk pekerja pulak. Kalau korang tidak hadir selama dua hari berturut tanpa kenyataan dan kebenaran tanpa majikan. Korang dianggap telah langgar kontrak. Lain lah korang mempunyai alasan yang munasabah seperti pengesahan yang berkaitan. Kalau korang cuti sakit tu wajib untuk dapatkan Sijil Sakit dari klinik-klinik dan hospital. Ini penting untuk kerjaya korang selain itu kesihatan korang. Kalau boleh bagi tahu awal-awal korang tidak dapat hadir bekerja. Ini semua diatas bertolak ansur antara korang dan bekerja.

9) Jika majikan melakukan pembuangan kerja. Siapa yang dibuang dulu.

Jika tempoh korang bekerja tu, syarikat ada krisis ke, ekonomi atau pemotongan jumpah pekerja berlaku. Pekerja yang harus dibuang dulu ialah pekerja asing. Selepas itu barulah pekerja tempatan. Jadi kalau korang kena buang dulu pandai-pandai lah buat aduan ye. Layanan juga tidak boleh berat sebelah antara pekerja tempatan dan asing. Layanan haruslah sama rata oleh majikan!

Ini lah yang dapat kami senaraikan dan huraikan. Sebenarnya banyak lagi yang korang kena tahu. Jadi mana-mana yang mempunyai masalah di tempat kerja tu boleh lah buat rujukan disini. Korang tak perlu risau ataupun takut kerana korang dilindungi oleh undang-udang. yang penting korang pandai-pandai lah bawa diri tu ye. Selain itu sama-sama kita tingkatkan kualiti kerja kita.

**SUMBER : Akta Perburuhan via kaki tular

Leave a Reply