MAT SABU BALIK KAMPUNG NAIK ETS TAPI APA LELAKI INI MULA MULA INGAT MAT SABU INI ORANG LAIN

Tindakan Menteri Pertahanan, Haji Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu yang dikatakan mengunakan perkhidmatan keretapi elektrik (ETS) petang tadi berjaya menarik perhatian netizen.

Salah seorang penguna Twitter, yang mendakwa terserempak dengan Mat Sabu di stesyen ETS memuji tindakan tersebut.

“Jangan kata YB @MSabu_Official asyik naik heli dan tank ja! YB balik kampung naik ets kotttt! Padu bossku! Anak muda kita,” ujar pemilik akaun @kamalQuiin day melalui status tersebut sambil memuatnaik gambarnya bersama Ahli Parlimen Kota Raja itu.

Mat Sabu Pemandu Teksi? Memang ada gaya pun ..

Sementara itu salah seorang kenalannya turut berkongsi pengalamannya bersama Mat Sabu yang sebelum ini disangka sebagai pemandu teksi.

“Kalau mak saya tak bagi tahu ini (adalah) YB Mat Sabu kita, sampai sekarang saya ingat pakcik ni pemandu teksi.

Lepas ni YB kena beli power bank .. aduhai bosku ..

“(Mat Sabu) pinjam power bank saya kejap (sebab) nak menelefon orang (kerena) telefonnya kehabisa bateri. Jumpa hujung tahun lepas dekat lapangan terbang Penang, sangat merendah diri,” ujar @ayongiqaaa pula.

Seterusnya Kevin Yee turut memuji sikap Mat Sabu yang disifatkan sebagai tidak berpura-pura, berbanding bekas menteri-menteri dari Barisan Nasional (BN).

“Sangat sempoi, saya sangat meminati YB Mat Sabu (kerana) dia sangat bersahaja ketika bersama masyarakat sama ada di jalanan, kedai kopi dan sebagainya.

“Tidak pernah melihat (bekas menteri) Nazri (Aziz), (Salleh) Keruak, (Rahman) Dahlan mendekati masyarakat di dalam keretapi, stesyen bas. Selamat tinggal BN,” komen @kevinyee9903 pula

SUMBER : SUARA dot TV

MAT SABU RAKAM UCAPAN SELAMAT HARI RAYA. RASA RASANYA ADA KE TIDAK DIA BUAT LAWAK JENAKA

Jarang jarang rakyat Malaysia tertumpu kepada menteri terutama Menteri Pertahanan. Sejak Mat Sabu memegang jawatan Menteri Pertahanan beliau umpama menjadi selebriti dalam sekelip mata. Walaupun pada awalnya beliau dikecam ramai kerana tidak berkelayakkan untuk memegang antara jawatan paling penting dalam kerajaan tetapi lama kelamaan rakyat sudah boleh menerima walaupun beliau mempunyai kelulusan dalam bidang kulinari.

Semalam beliau mengunjungi konti Bernama Radio untuk ditemubual dan menurut Mat Sabu ini adalah pertama kali beliau menjejak kaki ke dalam konti radio. Beliau turut beritahu bahawa sebelum ini Bernama jarang siarkan berita tentang parti pembangkang dan selalunya berita tidak begitu baik. Beliau kata yang lepas itu lepas dan beliau berbangga dapat datang ke konti Bernama buat pertama kali.

Ini kata kata Mat Sabu selepas temubual secara langsung di Live FB Bernama Radio

Saya diberi peluang ditemubual Bernama Radio ketika melawat ke Wisma Bernama hari ini. Pesan saya sempena Aidilfitri ini agar berhati-hati di jalan raya, jangan bermain mercun dan pastikan kediaman ditinggal dalam keadaan selamat.

Ucapan Selamat Hari Raya Dari Menteri Pertahanan

Hari ini didalam Facebook rasmi beliau Mohamad Sabu beliau merakamkan ucapan Hari Raya kepada semua rakyat Malaysia. Rakaman video ini mendapat lebih dari 560 shares, 4.4k jumlah likes dan jumlah tontonan melebihi 23k. Rakaman ini dimuat naik pada tengah hari ini (Rabu).

Ramai yang mengucapkan selamat hari raya kepada Menteri Pertahanan ini tetapi ada apa apa istimewa ke tidak dengan ucapan Mat Sabu ini? Mesti ramai tertanya. Mari kita lihat sendiri.

Edited: Lubuk Viral

“Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakyat Malaysia tidak kira dimana anda berada. Utamakan keselamatan di jalan raya dan memandu kenderaan dengan berhemah.” – Mat Sabu

kredit: Channel W Unifi TV

Sumber: Mohamad Sabu

via tvbulan.com

Leave a Reply