Mengejutkan, Pengeluaran Telur Palsu Ada Di Pasaran Malaysia. Ia Amat Mebahayakan Memandangkan Telur Adalah Makanan Rutin. Demi Utk Kesihatan, Ini Tips Utk Mengesan Telur Palsu. Mudah2an Kita Dijauhkan Daripada Makan Bahan Kimia yg Sudah Pasti Mendatangkan Kesan Pada Badan.

Sekitar tahun 2011, terdapat khabar angin yang menyatakan kewujudan penjualan telur sintetik atau telur palsu di pasaran. Satu perkhabaran yang amat mengejutkan kerana telur merupakan sumber makanan yang sering diambil oleh kita sebagai makanan seharian.

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah kemunculan semula berita-berita mengenai kewujudan telur palsu ini di pasaran Malaysia!

Justeru, sebagai pengguna yang ingin menjaga kesihatan diri dan juga keluarga, kita perlu sentiasa berhati-hati dalam membuat pembelian telur tersebut. Di dalam artikel ini disediakan tips untuk mengetahui ciri-ciri telur buatan manusia dan perbezaannya dengan telur asli.

Telur palsu (kiri) dikatakan mempunyai warna yang lebih kuning pada kuning telurnya.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang telah mengeluarkan beberapa ciri telur palsu dengan telur asli. Ciri-ciri yang paling ketara boleh dilihat pada kuning telurnya. Kuning telur pada telur palsu dikatakan mempunyai warna yang lebih kekuningan.

Di samping itu, telur palsu juga tidak mempunyai pusat telur yang dikenali sebagai chalaza seperti telur yang sebenar.

Ciri penting lain pada telur buatan adalah pada saiznya yang lebih besar berbanding telur sebenar. Anda juga boleh mengenali telur palsu melalui baunya. Jika ia tidak berbau hanyir seperti telur yang biasa kita makan, maka ia adalah telur palsu.

Satu lagi ciri lain yang boleh dilakukan adalah dengan menggoncangkan telur tersebut. Sekiranya bunyi yang dihasilkan kedengaran seperti air, ia adalah telur palsu memandangkan cecair tersebut tidak sebati dengan agen pemejal sekali gus menyebabkan kuning telur bercampur dengan putih telur setelah dipecahkan.

Ciri yang terakhir adalah telur palsu mempunyai permukaan kulit telur yang kasar berbanding telur asli.

Sebagai kesimpulannya, telur buatan manusia boleh diidentifikasikan daripada tujuh ciri tersebut:

Warna kuning telur yang lebih pekat
Tiada pusat telur
Saiz telur yang besar
Tiada bau telur mentah
Bunyi cecair yang terhasil apabila telur digoncangkan
Kuning telur mudah bercampur dengan putih telur
Permukaan kulit telur yang kasar

Sebagai pengguna yang bijak, kita harus sentiasa berhati-hati dalam membeli telur kerana telur palsu mengandungi kalsium klorida yang boleh menyebabkan penyakit hati, dan juga asid benzoic yang boleh membahayakan kesihatan otak serta sel saraf.

Sumber: World of Buzz

via Era Baru

Leave a Reply