Menghitung Hari, Siti Bakal Lahir Anak Secara Pembedahan..X Sabar Rasanya Tggu Anak Comel Siti

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, memilih untuk melahirkan bayi sulungnya dalam tempoh dua minggu lagi menerusi pembedahan Caesarean.

Mengakui berdebar menantikan saat itu, Siti, 39, berkata pemilihan kaedah bersalin secara pembedahan juga dibuat atas nasihat pakar perbidanan yang merawatnya.

“Menurut doktor di tempat Siti menjalani rawatan kesuburan, selain faktor usia Siti sendiri, bayi yang dikandung menggunakan kaedah ‘In Vitro Fertilization (IVF)’ biasanya dilahirkan secara pembedahan.

“Bagaimanapun, ada juga kes sebegitu menyaksikan kelahiran secara normal. Siti ikut saja apa nasihat doktor, selain mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental. Apapun caranya, harapan Siti proses kelahiran dipermudahkan,” katanya kepada BH Online.

Ditanya mengenai persiapan menyambut si kecil, penyanyi yang baru saja muncul dengan single Comel Pipi Merah ini berkata, segala-galanya sudah tersedia.

Ketika ini, jelasnya, beliau dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, hanya membilang hari menantikan kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.

“Suamilah insan paling teruja membuat persediaan, terutama dari segi hiasan bilik bayi. Lif pun sudah siap dan ia dibina bukanlah bagi kegunaan Siti saja, tetapi untuk orang lain juga seperti ibu serta ibu mentua,” katanya.

Mengulas kemunculan single terbarunya pula, pemenang Anugerah Seri Perak, Anugerah Bintang Popular BH 2011 ini berkata, Mac dipilih sebagai detik pelancaran lagu berkenaan sejajar dengan tarikh beliau bakal bergelar ibu.

“Sekurang-kurangnya, ada juga kenangan untuk Siti dan bayi pada kemudian hari. Ia juga ibarat serampang dua mata kerana lagu berkenaan diharap dapat mengubat rindu peminat sepanjang tempoh Siti berpantang nanti,” katanya.

Lagu ciptaan Siti dan lirik oleh Rozi Sangdewi itu juga boleh didapati di semua platform digital mulai hari ini.

Tunggu Masa Sesuai Buka Akaun Instagram Anak

Dalam satu temubual, Siti turut ditanya sama ada anak yang bakal dilahirkan itu turut mempunyai akaun Instagram sendiri seperti anak selebriti-selebriti lain.

Pasti ramai peminat Siti Nurhaliza menantikan akaun Instagram anaknya itu untuk mengetahui perkembaggan terkini bayi tersebut seawal dari dalam kandungan lagi.

Siti memberitahu, beliau akan membuka akaun Instagram untuk anaknya namun masih menunggu masa yang sesuai.

“Anak-anak pun ada cakap juga dengan saya. Saya pun tak ada la terlalu berahsia sangat. Cuma tunggu masa yang sesuai. Bila dah sampai masa sesuai barulah buka. Tak tahu lagi bila.

Mengikut nasihat suami selain enggan mencetuskan kontroversi membuatkan Datuk Seri Siti Nurhaliza, 38, mengambil jalan selamat memadam klip video imbasan kandungan yang dimuat naik ke Instagram, baru-baru ini.

“Lagi pun, suami tak berapa gemar saya berkongsi apa-apa mengenai kandungan sebab masih di dalam kandungan.

Tak akan berahsia.

“Biar betul-betul cukup sifat dulu, selepas itu semuanya baharu kita kongsi. Apa pun saya tidak akan berahsia.

“Apabila tiba masanya nanti tentu saya umumkan. Lagi pun saya tahu ramai mendoakan kami,” katanya.

Terdahulu, dalam satu posting, Siti memaparkan video imbasan wajah dan bentuk bayinya yang dimuat naik pada 26 November lalu. Dalam entri sama, ia turut menyelitkan rakaman perbualan doktor yang memberi gambaran jantina bayi dikandung adalah perempuan.

Menerusi video berdurasi 30 saat terbabit, terdengar doktor menyebut perkataan ‘princess’ sekali gus seakan merujuk jantina bayi penyanyi nombor satu negara itu.

Sumber dari Berita Harian via keramatviral

 

Leave a Reply