Mereka memasukkan 300 biji telur dalam air yang mendidih, tetapi itu hanyalah permulaan, rupa-rupanya yang dilakukan penduduk kampung ini adalah…

Bagi anda yang pernah menonton video yang dimuat naik oleh AroundMeBD di YouTube pasti anda tahu akan kegiatan yang sering mereka lakukan. Berpangkalan di Bangladesh mereka sering memperkenalkan pelbagai makanan dan budaya dari kampung halaman mereka.

Setiap bulan mereka akan melakukan kerja-kerja amal di sekitar kampung-kampung luar bandar serta melayani kanak-kanak di kampung tersebut. Kali ini, mereka telah bekerjasama penduduk kampung dan memasak sejumlah 300 biji telur, gaya vuna (Mashala mashed) untuk diagihkan kepada penduduk kampung.

Apa yang menariknya bahan yang digunakan serta cara memasak yang lain daripada yang kita lakukan di Malaysia. Mungkin ada bahan yang sama seperti dijual di sini tetapi rata-rata mereka menggunakan rempah ratus asli dari negara mereka.

Anda pasti akan terpegun dengan kaedah mereka memasak, tidak hanya itu sikap saling bekerjasama tanpa mengenal jantina juga adalah sesuatu yang  mengagumkan. Masak bersama, makan juga bersama dan apa yang paling penting ialah apabila melihat senyuman puas pada wajah kanak-kanak di situ!

lihat videonya…cara masakan mereka amat meyelerakan…

 

Sumber:Erabaru

Leave a Reply