Najib Hadapi 10 Pertuduhan!! Mula Didakwa Pada Hari ini. Ini Kronologi 56 Hari Penuh Debaran Buat Najib!!

KUALA LUMPUR: Sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lagi, Pakatan Harapan (HARAPAN) berjanji untuk mengheret Perdana Menteri ketika itu, ke mahkamah mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) jika mereka berjaya menawan Putrajaya.

Petang semalam, bekas perdana menteri ditangkap di kediamannya dan dijangka dihadapkan di mahkamah hari ini untuk didakwa berhubung transaksi berkaitan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Berikut adalah beberapa peristiwa besar seperti yang digarap portal Malaysiakini, berlaku dalam tempoh 56 hari sejak malam 9 Mei, apabila BN dan UMNO kehilangan kuasa di Putrajaya sehingga membawa kepada penahanan Najib semalam.

9 Mei: ‘Tsunami’ hanyutkan Najib, HARAPAN tawan Putrajaya

12 Mei: Najib letak jawatan presiden UMNO, pengerusi BN

16 Mei: Lebih 10 kereta polis, Black Maria tiba di luar rumah Najib

17 Mei: Peguam: Beg tangan dan hadiah dirampas dari rumah Najib

Shukri Abdull bos baru SPRM

21 Mei: Pasukan khas siasat 1MDB dibentuk

Esok ada cerita menarik, kata bos baru SPRM

22 Mei: Najib: Sesi hari ini sambungan soal siasat 2015

24 Mei: Najib selesai beri keterangan 7 jam di SPRM

5 Jun: Rosmah hadir siasatan skandal SRC International

11 Jun: Polis jumpa barangan mewah di ‘rumah selamat’ Najib

27 Jun: Najib jawab harta rampasan itu hadiah, nilaian polis subjektif

28 Jun: PM kata Najib didakwa tak lama lagi, Altantuya bicara semula

2 Julai: Lepas hampir 9 jam di SPRM, esok Zahid datang lagi

3 Julai: Siasatan 1MDB: Riza Aziz tiba di ibu pejabat SPRM

Najib ditahan, hadapi lebih 10 tuduhan pada Rabu

Sebelum ini,

Najib tiba di Kompleks Mahkamah KL

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta untuk proses pendakwaan berhubung kes dana SRC International Sdn. Bhd., bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Anggota Parlimen Pekan itu tiba jam 8.17 pagi di Kompleks Mahkamah KL dengan kereta Proton Inspira berwarna merah yang diiringi beberapa kenderaan serta motosikal polis.

Sebaik tiba di kompleks berkenaan, Najib dikawal ketat dengan diiringi pasukan polis dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dibawa masuk ke bangunan mahkamah.

Bekas Menteri Kewangan itu dilihat memakai sut lengkap berwarna gelap, kemeja biru dan bertali leher.

Beliau kelihatan tenang ketika berhadapan dengan media serta orang ramai.

Perkarangan mahkamah juga gamat dengan laungan seperti “Bebas Najib” dan “Hidup Najib” oleh para penyokongnya sebagai tanda solidariti dan sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu.

Kira-kira 100 penyokong Najib termasuk anggota UMNO berkumpul di perkarangan lokasi itu sejak pukul 7.00 pagi lagi.

Semalam, Pasukan Petugas Khas Siasatan 1MDB mengesahkan Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada 2.35 petang sebelum dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya. – BERNAMA

Terdahulu sebelum itu,

Najib tiba di SPRM Putrajaya

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 3 petang tadi di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini pada jam 3.35 petang tadi.

Sumber berkata, Najib tiba di SPRM dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Inspira warna merah dengan diiringi empat buah kereta lain.

Bagaimanapun, ketibaan Najib di Ibu Pejabat SPRM di sini langsung tidak disedari oleh wartawan dan jurugambar memandangkan kebanyakan mereka berada berdekatan lobi bangunan bagi mengikuti isu siasatan membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Difahamkan, kenderaan yang membawa Najib terus menuju ke tempat letak kereta bawah bangunan tanpa melalui lobi bangunan SPRM.

Najib difahamkan terus di bawa ke bahagian lokap SPRM yang terletak di aras bawah bangunan.

Sumber daripada Berita Harian via empiremedianetwork

Leave a Reply