Pasanglah Niat Yg Baik Sebelum Pergi Mengundi Jika Ingin Deprintah oleh Orang Terbaik dan Terpilih

NIAT KELUAR MENGUNDI

“Hanyasanya Amalan Itu Dengan Niat…” Al Hadith

Niat mendapat keredhaan Allah Taala
Niat menggembirakan Rasulullah
Niat memilih pemimpin adil, amanah dan bertaqwa.
Niat mendaulatkan agama, bangsa dan negara.
Niat menghormati ulama dan ilmuan
Niat tidak sombong berlagak ego.
Niat berzikir
Niat bersedekah
Niat ziarah menziarahi
Niat menghubungkan silaturrahim
Niat sentiasa senyum
Niat memberi dan menjawab salam
Niat berbicara dengan sopan
Niat menolong orang kesusahan
Niat menjaga pandangan
Niat mendoakan kebaikan orang lain.
Niat menjalankan amar makruf nahi mungkar
Niat menghilangkan gangguan di jalan.
Niat merendahkan diri di jalan.
Niat mendamaikan pergaduhan
Niat menutup keaiban muslim lain
Niat memberi manfaat kepada muslimin
Niat mengambil manfaat dari mereka.
Niat mempelajari ilmu.
Niat menyebarkan ilmu.
Niat berdakwah.
Niat berakhlak mulia.
Niat nasihat menasihati.
Niat bersabar terhadap segala gangguan.
Niat tidak menentang ketetapan Allah.
Niat sentiasa berfikir.
Niat berserah diri kepada Allah.

Berkata Almarhum Syeikh Said Ramadhan al-Bhuti rhm:
“Dengan berusaha menetapkan “daulah islam” dalam peribadi sendiri, ia akan membentuk “daulah islam” dalam keluarga, keluarga-keluarga ini akan membentuk “daulah islam” dalam masyarakat umpama terbentuknya sungai-sungai kecil yang mengalir ke sungai-sungai yang besar, dan akhirnya ia bergabung dan terbentuklah sebuah negara islam dengan sendirinya”.

Berikut ini adalah petikan daripada kitab ‘Penderitaan Ummah dan Penyelesaiannya’ oleh Maulana Zakariyya Kandhlawi – “Maka dengan demikian jika kita ingin diperintah oleh orang-orang yang terbaik dan terpilih, ubatnya hanyalah perbuatan amalan baik kita, tidak lain.

Dalam hadith yg lain Rasul saw menyatakan Allah berfirman ‘Daku adalah Allah. Tidak ada tuhan selain Aku. Dakulah Tuan dan Raja segala raja. Daku memegang hati-hati para raja di dalam Tanganku. Bila orang mentaatiku, Daku menukarkan hati raja-raja menjadi kasih belas serta sayang ke atas mereka. Bila mereka mengengkariKu, Daku akan memalingkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka dan dengan demikian mereka (raja-raja) meletakkan mereka di dalam kesusahan (dan penderitaan). Maka, daripada kamu mengutuk mereka, kembalilah mengingati Daku dan merayu (kepadaKu) supaya Daku dapat melindungimu daripada kekejaman mereka'”.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Sumber: Ustaz Iqbal Zain

 

Leave a Reply